'Pergi' dalam keadaan sujud, rakan sebak dedah amalan arwah waktu hidup. -"Syurga buatmu..."

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan khabar pemergian individu yang juga merupakan Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan (KWSP), Shukri Sulaiman.

Mungkin ramai tidak mengenali arwah, namun pemergiannya benar-benar menyentuh hati apabila ditemui tidak sedarkan diri di atas sejadah dalam keadaan sedang sujud.

"Syurga tempatmu sahabat..."

Turut terkesan dengan pemergianya, pemilik akaun Facebook bernama Baharudian Ishak menerusi hantarannya turut mengucapkan salam takziah atas pemergian rakannya.

 

Dalam waktu sama, dia juga mendedahkan rutin yang selalu dilakukan oleh arwah semasa hayatnya sekaligus menghuraikan segala tanda tanya orang ramai kerana akui pemergiannya sungguh dicemburui.

Panggilan telefon tak dijawab

Difahamkan, arwah yang aktif dengan kerja kebajikan mendapat cuti sakit selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu.

Namun, ketika rakannya datang ke rumah ingin menghantar makanan, dia hairan apabila beberapa kali panggilan darinya tidak dijawab

Dengan dibantu jiran, rakan berjaya masuk ke rumah dan didapati arwah Shukri tidak sedarkan diri.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen