Biadap! Lelaki 'lalok' sepak orang tua tak berdaya, isteri merayu jangan apa-apakan mereka

Oleh: Shasha Zack

Beberapa jam lalu, tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki yang bertindak kejam, menyepak orang tua yang tak berdaya di hadapan sebuah rumah.

Mungkin jiran rakam senyap2 di sebalik tingkap

Perkongsian Suriani Md Hassan di Facebook menunjukkan rakaman dari tingkap, dipercayai jiran yang tinggal bersebelahan rumah kedua orang tua berkenaan.

Dalam video, lelaki berkenaan dilihat bagaikan dirasuk apabila dia menyepak belakang badan lelaki tua itu dan bercakap dengan suara yang tinggi. Dia kemudian masuk ke dalam rumah sebelum keluar membawa beberapa barang sebelum menendang mangsa.

Apa yang membuatkan netizen sebak adalah, wanita tua yang dipercayai isteri, merayu-rayu agar suspek tidak mengapa-apakan mereka sambil menggosok belakang mangsa. 

"Ni budak kampung saya, dia terlibat dengan dadah..."

Seorang individu tampil memberi penjelasan bahawa suspek terlibat dengan dadah dan jiran-jiran memang takut akan dirinya yang boleh mengakibatkan kecederaan pada orang sekeliling. 

"Sakit la pakcik tu Ya Allah..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen marah dan kesal dengan keganasan yang berlaku, berharap agar suspek segera ditahan oleh pihak polis supaya keadilan dapat berpihak pada pakcik malang tersebut.

"Yang rakam tak tolong ke..."

"Serah kat polis moga diberi keadilan..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen