Tunjal ibu di khalayak, netizen sebak tengok layanan kasar anak pada mak.- "Tergamak kau."

Oleh: Shasha Zack

Ibu adalah insan yang melahirkan kita dengan susah payah setelah membawa perut selama 9 bulan tanpa lelah.

Namun begitu, masih ramai yang terkadang tidak tahu menghargai jasa ibu meskipun bermacam pengorbanan telah dilakukan buat anak kesayangan.

"Sampai hatimu wahai anak."

Begitulah seperti satu video yang tular, di mana seorang ibu yang berkerusi roda ditunjal dan dilayan kasar oleh wanita yang dipercayai anaknya, di depan khalayak ramai dalam sebuah klinik.

Susulan video berkenaan, netizen meluahkan rasa sebak dan sayu melihat keadaan ibu yang sudah tua namun langsung tidak dihargai malah dilayan buruk oleh anaknya.

"Dekat orang rmaai dia buat gitu, apelagi kat rumah..."

Tinjuan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen kesal dengan tindakan wanita tersebut yang tergamak melayan seorang ibu yang melahirkan dengan begitu kasar sekali.

Malahan ramai yang berpendapat bahawa walau bagaimanapaun kesusahan yang dialami atau apa sekali salah ibu, sebagai anak, kita tetap perlu menghormati mereka.

"Syurga di bawah tapak kaki ibu."

"Tergamaknya buat macamtu..."

"Apa sangatlah kesusahan yang diberi jika dibandingkan dengan jasa ibu melahirkan."

"Manusia apa ni, janganla buat ibu macamtu..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen