Beli mahal-mahal tapi macam batu, kek kahwin keras potong guna pisau pun tak lut

Oleh: Zuzu Yasmine

Pemanis mulut kek ini bukan sahaja sesuai digunakan saat meraikan ulang tahun sahaja namun turut sesuai digunakan sebagai penyeri di majlis perkahwinan.

Malah, pelbagai jenis rekaan yang akan menjadi idaman para pengantin sempena memeraihkan haru bahagia mereka.

Ingat kek bohong rupanya kek betul.

Namun lain pula dengan video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @awieee97 apabila mendedahkan riak wajah pengantin ketika sedang memotong kek.

“Pengantin dahi bekerut ja masa potong, nak suruh senyum pun macam muka macam pelik ja...” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi video yang dimuat naik itu, dapat dilihat percubaan dirinya hendak memotong kek namun siapa sangka kek tersebut terlalu keras sehingga tak lut dek pisau yang disediakan.

Awalnya, @awieee97 menyangka kek tersebut merupakan kek palsu namun rupanya kek itu sebenar yang bernilai RM500.

 

Dalam video berdurasi 27 saat itu dapat dilihat @awieee97 cuba memotong dan mengetuk kek berkenaan namun sikit pun tidak terbelah.

Bukan itu sahaja, dia juga turut memanggil rakannya untuk mengetuk kek berkenaan bagi membuktikan bahawa kek itu sememangnya sangat keras.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen. Malah, ada juga yang berseloroh bahawa perlu menggunakan kapak untuk memotong kek berkenaan.

Fondant tebal tu

Normal kek kahwin macam ni

Patah gigi pengantin

Kena guna kapak ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen