Degil tak nak berhenti lampu merah, pemandu 'King' nyaris langgar budak sekolah melintas

Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Perumpamaan itu mungkin dapat dipadankan dengan sikap pemandu pentingkan diri di luar sana.

Nampak mudah, tapi jarang sekali kita melihat mana-mana pemilik kenderaan baik kereta, motosikal hatta kenderaan berat sekalipun berhenti sewaktu lampu isyarat berwarna merah. Persoalannya apa yang dikejar?

Budak sekolah hampir dilanggar

Menelusuri perkongsian Utusan TV di Tiktok, seorang pelajar sekolah hampir dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi selepas tindakan pemandunya melanggar lampu merah.

 

 

Namun, had laju kenderaan itu sepertinya tidak terlalu laju kerana dia sempat brek dan mengelak daripada pelajar terbabit.

 "Ini masanya PDRM buat kerja"

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya berharap agar pihak berkuasa 'buka mata' dengan kesalahan lazim yang sering berlaku di Malaysia ketika ini.

Bukan sahaja melanggar peraturan, malah tindakan itu juga secara tak langsung akan meningkatkan jumlah kemalangan.

 

 

 

"Jelas langgar lampu merah"

 

"Elok tarik balik lesen tu"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen