Disangka bawa ‘phone’ ke bilik ‘exam’, rupanya kalkulator diconteng ala iPhone

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa telefon bimbit adalah dilarang untuk dibawa ke sekolah lebih-lebih lagi kalau masuk hendak di bawa ke bilik peperiksaan.

Sebab itulah, kadang kala disekolah-sekolah akan ada ‘spot check’ bagi mengelakkan para pelajar membawa barang seperti ini.

Ingatkan bawa iPhone pergi sekolah.

Namun lain pula yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @tira.zulkifli yang merupakan guru di sebuah sekolah ini.

Menerusi video yang dimuat naik, dia meluahkan rasa terkejut apabila salah seorang pelajarnya membawa telefon bimbit ke bilik peperiksaan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi kelakar apabila ia bukan telefon bimbit namun sebaliknya kalkulator yang diconteng menjadi seakan telefon bimbit berjenama mahal.

Dalam pada itu, dia turut mendoakan agar impian pelajarnya untuk menggunakan telefon bimbit idaman itu akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

“Semoga impian awak nak pakai iphone 3 boba tercapai.. aamin,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur akan perkara tersebut. Malah mereka turut berhasrat untuk melakukan hal yang sama bagi ‘prank’ guru mereka.

Netizen pun kena prank

Boleh cuba ni

Disangka bawa telefon juga

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen