"Tenang je pergi sini..." -Semua staf istimewa, KFC paling senyap di Malaysia jadi perhatian

Meskipun serba kekurangan dari segi keupayaan, namun mereka juga ingin dilayan sama rata seperti manusia biasa yang lain termasuklah mempunyai pekerjaan bersesuaian dengan diri mereka.

KFC 'bisu' jadi tarikan ramai

Namun, tidak semua tempat menyediakan pekerjaan untuk orang kelainan upaya sehingga ada yang menyangka mereka didiskriminasi oleh sesetengah syarikat hanya disebabkan kekurangan tersebut.

Tapi, lain pula yang dilakukan oleh sebuah restoran makanan segera (KFC) ini bilamana semua stafnya terdiri daripada ketegori kelainan upaya.

 

 

 

Menerusi perkongsian Hazwan Hafiz, memaparkan suasana di dalam premis itu yang teratur dan senyap kerana staf yang bertugas menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Difahamkan, lokasi kedai itu berada di Sentul.

"Staf peramah"

Selain itu, pengunjung yang pernah pergi ke situ juga akui layanan mereka semua baik selain mengagumi semangat mereka mencari rezeki walaupun berbeza dengan yang lain.

"Moga owner KFC ni murah rezeki"

Dalam waktu sama, orang ramai turut mendoakan kebaikan buat pengurus KFC di cawangan itu kerana menyantuni golongan istimewa ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen