Hanya kutip sisa makanan di kedai, netizen sebak lihat dua beradik makan penuh selera

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini, media ada melaporkan akan kes dua kanak-kanak dipercayai bukan warganegara maut selepas makan sisa makanan dari tong sampah.

Walaupun bukan warganegara, namun kejadian tersebut menyentuh hati ramai memandangkan dua beradik itu masih lagi kanak-kanak.

Kanak-kanak makan sisa makanan. 

Terbaru, tular pula akan video yang memaparkan dua kanak-kanak sedang mengutip sisa makanan orang di sebuah kedai makan.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @malaysianupdatenews itu telah menyentuh hati ramai.

Dalam video berdurasi 33 saat itu dapat dilihat dua kanak-kanak itu mengutip sisa makanan pelanggan yang baru selesai menikmati hidangan di kedai berkenaan.

Lebih sebak lagi apabila kedua-duanya menikmati sisa tersebut dengan begitu nikmat tanpa memperdulikan orang sekeliling.

Bagaimanapun, kejadian ini tidak dapat dipastikan berlaku di mana.

Kenapa biar makan sisa?

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak melihat keadaan itu. Malah, mereka turut berharap ada pihak bermurah hati akan belanja dua kanak-kanak itu makan.

Namun, ada juga yang mendakwa bahawa keadaan itu adalah perkara biasa di sesetengah kawasan dan kanak-kanak itu sebenarnya diperhati dari jauh.

Terbayang anak sendiri

Bukan tak nampak tapi bahaya

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen