"Ulat sagu adalah haram kerana ianya adalah najis & bangkai." - Datuk Seri Dr Zulkifli

Oleh: Shasha Zack

Beberapa hari ini, tular satu posting menunjukkan seorang gadis yang sangat berselera makan ulat sagu hingga penuh sepinggan.

Difahamkan, gadis ini menjadikan ulat sagu sebagai makanan kegemarannya dan hal ini telah menimbulkan persoalan sama ada halalkah status makanan tersebut.


"Haram dimakan kerana ianya jijik..."

Susulan tularnya video itu, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi portalnya Maktabah Al-Bakri menjelaskan bahawa ulat sagu atau ulat mulong haram dimakan kerana ia dianggap jijik sebagaimana pendapat ulama dalam kalangan mazhab Syafie.

Tambah Dr Zulkifli, hukum itu diputuskan berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan.

“Malah, pendapat ini juga adalah selari dengan keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak, bertarikh 20 November 2014."

“Dalam hal ini, hukumnya adalah haram disebabkan oleh kenajisan bangkainya dan juga kejijikannya."

 

 

"Kesimpulannya, Islam menganjurkan untuk makan makanan halal..."

 

“Ada pendapat lain kedua mengatakan halal secara mutlak, kerana ulat itu dianggap sebahagian daripada buah. Manakala pendapat lain turut mengatakan haram secara mutlak kerana ulat itu dikira sebagai bangkai.” .

Namun sebelum pengakhiri persoalan, Dr Zulkifli menegaskan bahawa dalam Islam, lebih baik mengutamakan makan makanan yang tidak ragu-ragu status halalnya.

Dr Zulkifli dibenarkan keluar wad, disahkan pulih sepenuhnya

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen