Gigih nak belajar kayuh basikal, gadis tak serik berkali-kali masuk semak

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan suatu yang pelik apabila tidak mahir menunggang basikal ataupun motosikal apabila sudah meningkat dewasa. Lebih-lebih lagi jika individu tersebut merupakan seorang gadis, pastinya ibu bapa mereka tidak benarkan melakukan aktiviti yang lasak saat kecil.

Malah, bukan mudah untuk belajar pacuan dua roda itu, kena sanggup terluka dahulu barulah boleh mahir membawa dua kenderaan berkenaan.

Baru nak belajar kayuh basikal.

Hal yang sama dilalui oleh seorang gadis ini apbila momen dirinya belajar menaiki basikal dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @havefaiith.

Menerusi video berdurasi 16 saat itu memaparkan seorang gadis sedang menunggang basikal di sebuah taman.

Bagaimanapun, gadis tersebut dilihat berkali-kali terjatuh dan termasuk dalam semak namun masih tetap tidak berputus asa untuk mencuba.

Difahamkan, itu adalah kali kedua dia menunggang basikal dan @havefaiith juga mengajarnya agar mahir berbasikal.

Namun, dalam video yang lain pula dapat dilihat gadis berkenaan seakan sudah mahir membawa basikal tersebut meskipun dilihat sedikit tidak seimbang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gadis berkenaan. Malah mereka turut berseloroh bahawa pokok dan semak disitu bersalah kerana tidak sepatutnya tidak berada di tempat berkenaan.

Jalan luas pun kemalangan

Semua salah pokok, basikal, semak

Naik basikal roda tiga dulu

Baik member tak gelak pun

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen