Terkulat-kulat nak telan, gadis terkejut disuap sirih waktu majlis tunang –“Ni adat orang Perak ni...”

Oleh: Zuzu Yasmine

Malaysia bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian makanan sahaja namun juga kaya dengan adat dan juga budayanya.

Terutama dalam bab menyatukan dua hati ini, pasti terdapat pelbagai adat dan warisan yang perlu dipatuhi serta dikekalkan agar tidak telan dek zaman.

Disuap sirih ketika majlis tunang.

Hal yang sama dilalui oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @makrarara apabila berkongsi momen dirinya bertunang.

Menurut gadis berkenaan, lagi beberapa minggu hendak ikat tali pertunangan dia baru diberitahu bakal disuap sirih pada majlis tersebut nanti.

Disangka hanya guruan dari kekasih hati, @makrarara tidak sangka bakal disuapkan sirih membuatkan dia tidak dapat tahan mukanya.

Bingung akan perkara tersebut, dia juga sekali lagi bersalaman dengan bakal ibu mentuanya bagi mengelakkan rasa malu.

Adat orang Perak rupanya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet baru mengetahui akan adat tersebut. Malah, beberapa anak kelahiran Perak juga memaklumkan bahawa adat itu datang dari negeri mereka.

Namun ada juga yang berseloroh bahawa mereka bakal disuap pelbagai makanan lain jika berada di negeri lain.

Makan sirih cepat jumpa jodoh

Kalau negeri lain suap apa?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen