Sorok jarum demi tenangkan anak? KJ nafi dakwaan jururawat beri suntikan angin

Baru-baru ini, kecoh dan tular di media sosial akan video ketika anak Khairy Jamaluddin menerima suntikan vaksin.

Dalam hantaran tersebut, ramai mendakwa bahawa anaknya bernama Raif menerima suntikan angin daripada jururawat bertugas.

"Tolong, tolong, tolong"

Tampil dalam kenyataannya, jururawat bertugas ketika itu meminta agar orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan perkara tersebut.

"Tolong, tolong, tolong jika tidak tahu jangan buat andaian dan jangan tuduh kerana ini melibatkan kehidupan orang."

"Saya cuma buat kerja saya sedaya upaya untuk lancarkan proses dan berikan keselesaan kepada kanak-kanak yang cucuk vaksin."

-Jururawat-

"Jururawat menyuntik anak saya profesional"

Malah, Khairy Jamaluddin menerusi ciapannya turut menafikan dakwaan tersebut dengan memaklumkan bahawa ia merupakan taktik jururawat sahaja agar anaknya tidak takut.

Selain itu, beliau turut memuji kaedah yang digunakan jururawat terbabit untuk menenangkan kanak-kanak seusia anaknya yang mungkin takut akan jarum suntikan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen