“Time konvo dia nak buat hal...” – Kasut tercabut tapak, pemuda tenang tampal dengan sellotape

Oleh: Zuzu Yasmine

Istiadat komvokesyen merupakan saat yang ditunggu-tunggu para pelajar. Mana tidaknya, selepas beberapa tahu bersengkang mata untuk menamatkan pelajaran, majlis seperti itu adalah hari penamat segalanya.

Malah, di hari tersebut boleh dilihat setiap pelajar akan mengenakan pakaian yang cantik dan rapi berbanding hari lain bahkan ada juga yang berpenampilan serba baru.

Masa konvo lah kasut nak tertanggal.

Namun, lain pula yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @zulqarlnain.wala ini apabila berdepan saat-saat tidak terjangka.

Menerusi video yang dimuat naik itu memaparkan kasut yang dikenakan pada hari penuh bermakna itu telah tercabut tapaknya.

Tidak sempat untuk membeli kasut lain, @zulqarlnain.wala memilih penyelesaian singkat dengan menampal kasutnya semula dengan menggunakan sellotape dan meneruskan majlis tersebut seperti biasa.

Bukan itu sahaja, dia turut berkongsi beberapa keping gambar akan kenangan yang tidak disangka-sangka itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat momen tersebut. Malah, memuji akan tindakan bijak pemuda berkenaan.

Jadi kenangan indah ni

Tindakan bijak ni

Ada pengalaman sama

Nasib baik ada sellotape

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen