Nak ‘wedding of the year’ punya pasal, pelamin dinaiki air pasang –“Risau tengok kaki kerusi dia tenggelam...”

Oleh: Zuzu Yasmine

Jarang sekali kita lihat majlis perkahwinan di negara ini yang diadakan di tepi pantai. Biasanya, kalau majlis perkahwinan berkonsepkan ‘outdoor’ pun ramai yang jarang memilih kawasan berair.

Bagaimanapun, lain pula dengan pasangan pengantin ini apabila memilih konsep yang jarang dilakukan orang lain namun tak sangka diuji dengan air pasang pula.

Padah bersanding tepi pantai.

Video yang tular di laman TikTok dimuat naik oleh @surprisebouquet.nana itu memaparkan pasangan pengantin tetap santai mengambil gambar di atas pelamin mereka.

Namun, para tetamu pula kelihatan resah apabila tempat duduk mereka mula dinaiki air sehingga kerusi yang diduduki sudah mula tidak stabil.

Meskipun diuji sedemikian rupa, siapa sangka hasil gambar di majlis tersebut dilihat sangat indah. Malah jurugambar Faizal Ibrahim berjaya membuat memepelai kelihatan menawan di hari bahagia.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi ditinggalkan warganet di ruangan komen tersebut. Malah, mereka turut meluahkan rasa bimbang melihat keadaan tetamu yang hadir di majlis berkenaan.

Tak kena masa tu

Risau tengok tetamu

Kalau panas mesti cantik

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen