Terkejut harga minuman RM30++, suami marah, maki isteri buat netizen geram. - "Berkiranya bang."

Oleh: Shasha Zack

Dalam hidup berumah tangga, hubungan suami isteri pasti akan ada naik turunnya. Tidak sentiasa romantis, kadangkala terselit gurauan dan juga pergaduhan.

Samalah dengan satu pasangan suami isteri yang tular ini, apabila gurauan kasar mereka disalah erti oleh netizen.

"Dah lama tak scam laki sendiri..."

Perkongsian @nhytie,h di Tiktok meraih perhatian ramai apabila dia menunjukkan suaminya yang terkejut ketika membayar minuman Starbucks yang dipesan.

Merahsiakan harga minuman dari awal, ternyata wanita ini hanya ketawa besar setelah menerima berbakul makian dari suami ketika dia mengeluarkan kad untuk membayar harga minuman yang mencecah RM30++ tersebut.

@nhytie.h

Da lama tak scam laki sndiri 🤣 HAHAHAHA

♬ original sound - Nhytie.h

"Saya lah suami mulut puaka tu..."

Menerusi ruangan komen, suami wanita ini menjelaskan itu adalah cara gurauan mereka suami isteri dan menjelaskan mereka telah terbiasa begitu.

Hal ini membuatkan segelintir netizen memahaminya memandangkan cara isteri tersebut ketawa menampakkan yang dia langsung tidak ambil hati.

"Kalau aku dah sentap..."

Namun begitu, segelintir netizen pula tidak bersetuju dengan cara gurauan yang agak kasar kerana kata-kata makian dan carutan yang disebut agak tidak manis didengar dan mungkin boleh mengguris hati isteri.

Dalam pada itu, ramai juga yang menasihatkan suami berkenaan untuk tidak terlampau berkira dengan isteri, agar keharmonian rumahtangga lebih kekal.

"tak salah bro belanja isteri jarang2..."

"Maki2 tak elok dibiasakan, nak bebel, bebel elok2..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen