Sanggup tahan sakit kena cakar, netizen terharu lihat mangsa banjir tak lupa selamatkan si bulus

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika banjir malanda, haiwan-haiwan peliharaan serta ternakan turut akan menjadi mangsa meskipun pelbagai usaha telah dilakukan bagi menyelamatkan nyawa mereka berikutan air naik secara mendadak.

Biasanya haiwan-haiwan ini akan menyelamatkan diri mereka namun kebanyakkan tuan kepada haiwan tersebut tidak dapat menyelamatkan mereka berikuatan tempat serta pergerakan terbatas.

Tak lupa selamatkan si bulus.

Bagaimanapun, usaha yang dilakukan beberapa orang pemuda yang juga merupakan mangsa banjir ini mendapat pujian apabila sanggup meredah air banjir demi menyelamatkan si bulus.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @_matkutak memaparkan dua orang lelaki sedang menunggang motosikal sambil memeluk dua ekor kucing.

@_matkutak

semoga dipermudahkan segalanya🤲🏻pray for hulu terengganu

♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio

Malah, dalam video tersebut juga dapat dilihat terdapat lelaki lain yang mengambil serta memberi tempat berteduh di dalam sebuah kereta.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berterima kasih akan bantuan yang pemuda-pemuda tersebut berikan kepada haiwan berkenaan.

Terima kasih

Kesian kucing-kucing tu

Mesti ramai lagi tak selamat

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen