"Dia suruh pakai sedondon." - Isteri dijemput hadir ke majlis kahwin, rupanya datang ke pernikahan suami sendiri

Oleh: Shasha Zack

Sebagai wanita, poligami merupakan isu yang paling ditakuti malah ingin dielakkan kerana tidak rela berkongsi kasih.

Begitulah yang dirasai seorang wanita tabah ini, yang dimadukan suami sendiri.

"Suami mintak saya pakai baju sama warna dengan dia..."

Perkongsian @fiena nasir di Tiktok mencuri perhatian apabila dia menghadiri majlis pernikahan kali kedua suaminya.

Menerusi kapsyen, dia diundang suami untuk mengahadiri majlis tersebut dengan berpakaian sedondon, warna putih.

@fiena_nasir

Doakan semoga diberikan kekuatan…😊

♬ Aku Tahu - UNGU

"Saya tak kuat, saya down, ini ujian untuk saya..."

Walaupon mengukir senyuman, namun Fiena akui hatinya remuk menerima pernikahan suami namun tidak menolak takdir yang ditentukan Allah untuknya.

Dalam pada itu, dia juga turut memohon doa kenalan dan keluarga agar dikurniakan kekuatan dan ketabahan buatnya menempuh dugaan hidup.

"Suami penting perasaan sendiri."

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang simpati terhadap nasib wanita ini, namun merasa sangat kagum kerana mampu menghadiri majlis kahwin suami sendiri.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengecam tindakan suami yang tidak sensitif, yang tergamak mengundang isteri ke majlis perkahwinan keduanya.

"Bagi suami, jangan buat macamni..."

"Kenapa suami tergamak buat wife macamtu..."

"Sebak saya..."

"Kadang tak faham , kenapa perempuan nak laki orang..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen