"Hon tidak, call pon takde." - Lelaki bengang barang dicampak abang kurier, langsung tak 'inform', tahu2 kena baling?

Oleh: Shasha Zack

 

Acap kali rungutan pelanggan sering berlegar di sosial media, mengenai perkhidmatan kurier penghantaran yang disifatkan kurang adab.

Ada yang suka mencampak barang, ada juga yang hanya meletakkan di hadapan pagar. Namun tidak semuanya begitu.

"Dah tengok CCTV, hon tak, call pon tak..."

Begitulah yang dialami seorang pelanggan yang kesal barang beliannya dicampak oleh seorang penghantar, difahamkan dari sebuah syarikat terkenal.

Lebh membuatkan pelanggan marah, abang kurier tersebut langsung tidak membunyikan hon apalagi menelefon terlebih dahulu untuk memberitahu ada barang yang telah sampai, sebaliknya terus sahaja mencampakkannya di dalam pagar.

@syazmeer.ameer Dh tgk cctv, hon tidak, kol pun tidak, die igt kereta xde mksdnye xde org dlm umah, n xde org tgk ape yg die buat. @J&T Express Malaysia @Shopee Malaysia ♬ original sound - Syazmeer Ameer

"Boleh letak barang elok2 tanpa campak..."

Empunya video turut menjelaskan di ruangan komen, bahawa abang kurier tersebut tidak sepatutnya membaling barang yang dihantar. Lebih-lebih lagi tiada sebarang notis pemberitahuan dibuat, tidak semena-mena barang yang dihantar dicampak ke dalam rumah sedemikian.

Turut menegaskan, dia sendiri merupakan penghantar barang dan tidak pernah berbuat demikian kerana barang yang dihantar boleh diletakkan dengan baik, penuh adab.

"Hormat la customer..."

Tinjauan ke ruangan komen pula mendapati ada netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan abang kurier. Namun rata-rata netizen memberi teguran buat empunya video, agar sentiasa bersedia sekiranya ada penghantaran akan datang.

Malahan mereka turut mencadangkan untuk meletakkan raga di hadapan rumah, memudahkan urusan meletakkan barang belian di situ.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen