Reunion Buka Ruang Cinta Berbunga Semula: Bagi Si Bujang Sahaja Ya!

Pada hari ini, banyak majlis reunion diadakan. Ini kerana perancangan mudah dilaksanakan dengan adanya laman sosial terutamanya facebook. Justeru masing-masing selepas bertemu di alam internet, mahu bersua muka di alam nyata pula. Maka terlaksanalah majlis reunion.



Bagi mereka yang masih bujang, ada kala majlis reunion sebegini boleh jadi ruang untuk bertemu cinta. Manalah tahu dahulu semasa di sekolah tiada langsung perasaan sebab masih hingusan. Apabila masing-masing sudah dewasa, cinta mula berputik. Apatah lagi jika kedua-duanya masih bujang. Apa salahnya untuk saling jatuh cinta.

Bagi anda yang masih mencari cinta, ikuti tip ini untuk mendekatkan jodoh kala di majlis reunion:



1. JAGA PENAMPILAN.

Pakailah pakaian sopan yang boleh menyerlahkan penampilan anda. Pilih warna yang cantik dan sesuai dengan warna kulit anda. Fesyen tidak perlu keterlaluan. Cukup sekadar selesa dan menjadikan anda cantik pada hari itu.

2. SOLEKAN SEDERHANA.

Bersoleklah untuk memberi keyakinan pada anda tampil di majlis reunion itu. Janganlah pergi ke majlis dengan wajah pucat dan langsung tidak berbedak. Bukanlah nak tampil bak model antarabangsa tetapi cukuplah jika sedap mata memandang.

3. PILIH KASUT YANG BERSESUAIAN.

Untuk ke majlis reunion pasti akan banyak berjalan kerana seronok bertemu rakan-rakan lama. Justeru jika anda tidak mahir berkasut tumit tinggi, elakkan memakainya. Lebih baik pakai kasut yang anda selesa.



4. JAGA TINGKAH LAKU.

Walaupun rindu dan teruja kerana lama tidak bertemu, janganlah terlalu teruja kerana dapat bersua kembali. Jaga tingkah laku. Jangan ketawa berbahak-bahak sebagaimana zaman sekolah dulu.

5. BERTUKAR NOMBOR TELEFON.

Niatkan untuk jodoh. Bertukarlah nombor telefon supaya mudah dihubungi. Untuk si bujang sahaja tau.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen