Pernahkah anda menghadapi situasi wanita, kekasih, isteri, kawan perempuan membebel pada anda? Mungkin pernah atau pun belum lagi dibebel. Adakah membebel itu memang sifat wajib yang ada pada wanita? Mengapa kaum wanita memang dilahirkan dengan kepakaran membebel? Adakah ianya benar?
Bagi lelaki yang tahan dengan bebelan mereka pasti tiada masalah untuk mengharunginya. Namun bagaimana pula dengan lelaki yang pantang dibebel? Pasti panas telinga mendengar. Kadangkala kita bertanya "Kenapalah awak ni suka sangat membebel?" Betul tak? Atau juga kita berkata "Awak ni tak habis-habis nak membebel la" Sambil menyumpah #^@&&. Situasi lebih buruk jika bila wanita membebel lelaki pun ikut sama membebel. Pasti huru hara kan?
Adakah kita pernah tanya kepada mereka kenapa perempuan suka sangat membebel? Bagi yang belum pernah tanya dan tak mahu bertanya atau mahu tahu apa sebab mereka suka sangat membebel siang dan malam tak kira pada kita, pada anak atau pada jiran (Tu pun kalau terlebih advance bab membebel ni).
11 sebab kenapa perempuan kuat membebel yang perlu anda tahu adalah seperti dibawah.
Memang sifat semulajadi perempuan suka bercakap. Tak kira apa yang dia cakap tetapi mereka memang suka bercakap. Sama ada mengumpat, mengutuk atau bergosip memang sinonim dengan kaum hawa. Dalam rumahtangga perempuan yang lebih banyak menjadi pengurus rumahtangga. Walaupun mereka lebih dianggap "Menteri Kewangan" tetapi sebenarnya mereka lebih banyak bertindak sebagai "hakim" kepada pasangan, kawan, suami dan anak-anak. Ada saja yang tidak kena, habis riuh rendahlah. Jadi ianya menjadi tugas rutin seharian perempuan.
Banyak perempuan lebih suka membebel daripada menggunakan kekerasan fizikal kepada orang dibebelnya. Mereka tidak punya kekuatan yang cukup untuk menggunakan fizikal tetapi mereka mempunyai mulut yang hebat. Bebelan adalah luahan perasaannya. Kadangkala apa yang dibebelkannya sedikit sebanyak sebagai tanda protes kepada suami atau anak-anak. Kalau nak protes di jalan-jalan pasti orang anggap demonstrasi atau lebih teruk lagi orang akan panggil gila. Jadi kita akan menjadi tempat bebelannya walaupun atas perkara yang sangat kecil.
Kadangkala perempuan lebih risau akan keselamatan orang sekelilingnya dan juga mereka lebih takut sekiranya berlakunya kejadian yang tidak diingini orang yang rapat dengannya. Bukan perempuan tidak suka pada apa yang kita buat tetapi mereka terlalu sayang pada kita dan tak mahu kita ditimpa apa-apa kecelakaan. Bila mana mereka membebel pasti ada sesuatu yang tidak disukainya dan ianya adalah petunjuk kepada suami. Maka dengan membebellah mereka memberitahu kita. Jika disalah tafsir pasti malang perempuan itu.
Jarang sekali kita lihat perempuan diam membisu. Jika diam maka lain lah yang berlaku. Jika mereka kuat sangat membebel ketahuilah bahawa mulut mereka sedang melakukan bersenam otot mulut tanpa perlu membuat rawatan muka. Membebel juga adalah satu warning sign kepada lelaki tentang perasaan marah mereka. Jika bebelan mereka tidak dihentikan maka ianya akan berlarutan kepada kepada sesuatu yang lebih buruk.
Jika mereka membebel ketika membuat sesuatu kerja, hulurkan bantuan kerana mereka sedang membuat kerja dengan terpaksa walaupun mulut mereka berkata sebaliknya. Hulur-hulurkan tangan pasti bebelan mereka akan reda kerana mereka mengharapkan sesuatu dari anda. Jika tak ada perempuan maka sunyilah kita. Hanya mereka jenis manusia yang susah untuk berhenti bercakap. Bila mereka tidak membebel pasti ada sesuatu yang tidak kena. Mereka adalah penyelesaian kepada masalah kesunyian di rumah.
Perempuan akan membebel lebih banyak jika mereka sihat. Oleh itu ianya menjadi penanda aras terhadap kesihatan mereka. Jika mereka sakit pasti mereka tidak akan banyak bercakap. jadi beruntunglah jika dapat perempuan yang kuat membebel sebab itu menunjukkan yang mereka sihat.
Setuju atau tidak?
Tinggalkan Komen