9 Ciri Lelaki Setia. Setiap Wanita Mesti Ambil Tahu!

Oleh: Khairul

Nak tahu ciri-ciri lelaki yang setia? Anda boleh menilai daripada perlakuan si dia.

Ciri-ciri lelaki setia sebenarnya boleh diketahui dengan mempelajari perwatakan dari lelaki itu sendiri. Sememangnya lelaki yang setia itu selalu menjadi idaman para wanita kerana lelaki seperti itulah yang akan menjadi seorang pemimpin yang baik dalam keluarga.

Oleh itu, sangat penting untuk kamu mengetahui ciri-ciri seorang lelaki yang boleh berlaku setia.

Beberapa tinjauan (survey) telah dijalankan terhadap beberapa pasangan dengan cara menemuramah beberapa pasangan, berikut adalah merupakan kesimpulan yang dibuat mengenai ciri-ciri lelaki setia dan bertanggungjawab.

Mampu Mengendalikan Emosi

Kebiasaannya, setiap lelaki akan memiliki egonya tersendiri yang boleh membuatkan mereka menjadi emosional. Namun lelaki yang setia memiliki kemampuan yang lebih untuk mengawal emosinya kerana takut untuk melukai hati pasangannya.

Di saat dirinya sedang marah, dia akan tetap menunjukkan emosinya namun tidak secara keterlaluan. Lelaki seperti ini masih mampu memilih kata-kata yang sesuai digunakan di saat dirinya dilanda kemarahan.

Menghormati Wanita

Lelaki setia selalunya sangat menghormati wanita. Dia tidak meletakkan wanita itu di posisi lebih bawah darinya, bahkan dia juga sentiasa berusaha mendengar dan menghargai pendapat setiap wanita meskipun perkara tersebut sangat berbeza dengan prinsipnya. Perkara ini mereka lakukan semata-mata untuk melihat pasangannya selalu bahagia.

Tidak Mungkir Janji

Lelaki yang sentiasa menepati janjinya adalah antara ciri penting seorang lelaki yang setia terhadap pasangannya. Kemungkinan ada ketikanya mereka tidak dapat memenuhi janjinya, namun kebiasannya mereka hanya memungkiri janji apabila sudah berusaha sedaya upaya dan ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Apabila mereka terpaksa memungkiri janji, mereka akan berusaha untuk berkomunikasi dengan pasangannya dan meminta maaf dengan bersungguh-sungguh.

Tidak Dahaga Perhatian

Lelaki yang setia itu kebiasaannya tidak memerlukan perhatian yang berlebihan kerana baginya dia hanya memerlukan perhatian seorang wanita sahaja iaitu pasangannya. Lelaki ini tidak akan pernah berusaha untuk menarik perhatian dari wanita lain ataupun mengharapkan pujian dan sanjungan orang lain.

Bagi lelaki seperti ini, mereka sudah cukup berkeyakinan dengan berada dekat dengan pasangannya.

Ada Sewaktu Diperlukan

Lelaki yang setia akan sentiasa membantu di saat kamu sedang menghadapi kesulitan. Sekiranya mereka berada di tempat yang jauh, mereka akan tetap berusaha untuk menelefon sekadar untuk mengetahui keadaan dan memberikan pendapat untuk membantu menyelesaikan masalah kamu.

Lelaki yang setia biasanya merupakan orang yang pertama yang akan peduli terhadap setiap masalah yang dialami  oleh pasangannya.

Bersyukur

Sentiasa bersyukur adalah salah satu ciri penting seorang lelaki yang setia, kerana mereka akan merasa sangat bersyukur setelah memiliki kamu. Ciri ini akan membuatkan ia tidak berlaku curang dalam urusan cinta.

Meskipun ada ketikanya mempunyai masalah dalam perhubungan, lelaki seperti ini akan tetap berusaha untuk berfikir tenang dan tetap mempertahankan perhubungannya.

Berkeyakinan dan Bertanggungjawab

Lelaki setia sentiasa berkeyakinan bahawa mereka boleh mengatasi setiap masalah yang mereka hadapi. Lelaki seperti ini sentiasa arif akan apa yang harus dia lakukan dalam hidupnya dan tidak mengenal erti putus asa apa lagi menyerah kalah,

Lelaki setia juga sentiasa bertanggungjawab terhadap apa yang dia lakukan.

Jujur

Kejujuran merupakan elemen yang sangat penting bila mengatakan tentang ciri lelaki yang setia. Lelaki setia tidak pernah mempermainkan perasaan pasangannya.

Kejujuran ini boleh dilihat melalui aktivitinya setiap hari, contohnya apabila mereka tidak merasa keberatan sekiranya telefon atau akaun media sosialnya diperiksa oleh kamu. Selain itu mereka juga tidak kisah sekiranya kamu mahu menemaninya dalam melakukan aktiviti harian.

Matlamat Hidup

Akhir sekali, lelaki setia adalah mereka yang mempunyai matlamat hidup secara jelas. Mereka boleh menceritakan dengan terperinci mengenai cita-cita dan pencapaiannya dalam jangka pendek mahupun panjang. Kamu juga sudah tentu mahu masa depan yang cerah bersama lelaki yang kuat berusaha dan tahu ke mana arah tujunya bukan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen