4 Sebab Mengapa Perempuan Perlu Wang Hantaran Tinggi.

Oleh: Khairul

Hi para lelaki budiman, apa khabar duit simpanan? Dah ready nak meminang anak gadis idaman? Ramai para jejaka berdebar-debar dan pening apabila memikirkan prihal wang hantaran apabila bertemu dengan bakal keluarga mertua.

Di sini saya ingin berkongsi sebab mengapa ada sesetengah ibu bapa si gadis meletakkan wang hantaran yang tinggi. Perlu diingatkan wang hantaran tu berbeza dengan Mas kahwin ya!

Penghebahan

Wang hantaran sebenrnya bukanlah untuk membebankan pasangan muda yang baru nak berumah tangga, tetapi perlu diingat bahawa sebenarnya ianya lebih kepada untuk mengadakan majlis untuk tupjuan penghebahan pasangan tersebut telah berkahwin. Untuk tujuan tersebut kebiasaanya ibu bapa pengantin bahkan pengantin sendiri ingin menjemput rakan dan sanak saudara dari jauh dan dekat untuk menghndiri majlis ini, Untuk meraikan para tetamu yang sanggup menghadiri majlis tersebut kebiasaanya pengantin harus menghidangkan juadah untuk santapan para tetamu.

Cuba bayangkan menu catering paling murah yang boleh didapati pada masa kini RM10.50 untuk satu kepala. Senarai kawan-kawan pengantin dan sanak saudara ibu bapa kebiasaanya mencecah lebih dari 500 huingga 1000 orang. Untuk juadah makanan sahaja boleh mencecah hampir RM10,000 untuk satu pihak. Bagaimana pula jikalau diadakan majlis kedua-dua belah pihak pengantin?

Sewa dewan atau canopy

Terdapat banyak kos-kos sampingan yang bakal mempelai perlu ambil tahu. Sesudah membuat tempahan dengan pihak katering, di mana pula nak diadakan lokasi majlis? Di rumah ibu bapa, di dewan serba guna, di hotel atau di pulau?

Jikalau rumah ibu bapa menjadi pilihan, kos yang perlu difikirkan adalah canopy dan berapa buah canopy yang ingin dipasang? Tetapi jikalau dewan menjadi pilihan wang yang perlu dirisaukan adalah harga sewa untuk sesebuah dewan. Kos untuk dewan boleh mencecah RM600 pada hari biasa dan RM 1000 pada cuti umum.

Kos-kos Sampingan

Terdapat pelbagai kos-kos sampingan yang nampak remeh tetapi penting untuk majlis perkahwinan. Pelamin antara kos yang agak besar dalam majlis perkahwinan. Nak berjimat untuk pelamin tetapi tak nak malu masa bergambar? Budget pelamin yang diperuntukkan kebiasaanya dari RM 700- RM4500. Nak berjimat pasangan bolehlah memilih pelamin yang simple dan murah. Boleh juga kalau pengantin berjimat dengan memansuhkan pelamin tersebut.

Eh semua dah ready, tetapi siapa yang akan capture detik-detik indah ini? Jadi pasangan perlukan juru gambar. Kebiasaanya kos untuk juru gambar adalah diantara RM1200 - RM1500.

Berikut bukanlah senarai yang lengkap untuk para mempelai mengadakan majlis perkahwinan yang lengkap tetapi hanyalah ingin membuka mata dan minda kita mengapa untuk menjejakkan kaki ke alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Banyak lagi kos-kos sampingan yang tidak disenaraikan seperti cincin perkahwinan, baju kahwin, gubahan hantaran, mak andam, P.A sistem, kek kahwin, kad kahwin dan sebagainya. Kos-kos ini kebiasaanya boleh mencecah sehingga ke RM 20 ribu dan ke atas.

Pandangan dari ibu bapa

Ibu bapa pihak perempuan kebiasannya bukan ingin membebankan bakal menantu mereka tetapi nilai wang hantaran ini menunjukkan persiapan bakal menantu mereka dari segi kewangan adalah kukuh untuk mengambil alih tanggungjawab mereka dan menjaga puteri mereka di alam perkahwinan.

Di sini saya ingin mengingatkan para pembaca supaya tidak terjerat dengan mengambil pinjaman bank hanya semata-mata untuk sehari majlis perkahwinan dan terjerat untuk mebayar pinjaman  sehingga 5 ke 10 tahun. Buatlah pelaburan di usia muda dan menabunglah untuk persiapan majlis perkahwinan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen