8 Cara Mudah Untuk Senangkan Hati Pasangan.

Oleh: Khairul

Pasangan yang baik bukanlah pasangan yang sentiasa menuruti kata pasangan mahupun perlu membuat pengorbanan yang terlalu besar. Kadang-kadang untuk menjadi pasangan yang baik cukup dengan melakukan perkara-perkara yang mudah tetapi memberi makna.

1. Ikut berjumpa teman-temannya

Kebiasaan orang sedang bercinta pasti suka untuk berjumpa berdua sahaja. Namun sesekali luangkanlah masa untuk menemani si dia berkumpul bersama teman-temannya dan sertai mereka dalam aktiviti bersama-sama. Kenali kelompok dia bersosial. Jika anda boleh bercampur dengan teman-temannya maka anda akan dinilai oleh si dia sebagai seorang yang easy going.

2. Hantar mesej / whatsapp mesra

Sesekali hantarlah mesej bernada mesra melalui whatsapp menunjukkan perasaan sayang anda kepada pasangan anda. Anda mungkin boleh ucapkan terima kasih di atas apa sahaja bantuan mahupun perilaku si dia yang menyenangkan hati anda. Sesekali boleh juga selitkan kata-kata seperti I love you supaya si dia tahu betapa kamu menyayangi dan menghargainya.

3. Hindari bertengkar di hadapan umum

Kata orang, sedangkan lidah boleh tergigit. Inikan pula suami isteri, pasti ada hari anda berselisih pendapat atau berlaku pertengkaran. Sekiranya anda dan pasangan sedang bertengkar, jangan membentak mahupun menangis di hadapan umum. Usahakan untuk mencari tempat yang umum untuk berbincang. Sebaiknya juga anda menunggu sehingga emosi anda dan pasangan sudah benar-benar stabil barulah mulakan untuk berbincang secara serius.

4. Buatkan makanan

Saat menziarahi rumah orang tuanya, sebaiknya anda usahakan untuk membawa makanan-makanan air tangan anda sendiri. Ini adalah cara yang berkesan untuk mengambil hati ibu kekasih anda. Memberikan makanan buatan sendiri lebih berkesan daripada memberi makanan yang dibeli dari kedai.

Tidak pandai memasak? Zaman ini semuanya di hujung jari. Mintalah bantuan daripada ibu anda ataupun cara paling mudah pada masa kini adalah memadai dengan anda mencari resepi melalui google.

5. Buatlah si dia tertawa

Sesekali ceritakanlah perkara lucu ataupun apa sahaja yang boleh membuat si dia ketawa. Semakin kerap anda membuat pasangan anda ketawa, maka si dia akan lebih selesa untuk selau berada di samping anda.

6. Jadilah pendengar yang baik

Bertanyalah pada pasangan apa yang berlaku pada si dia hari ini, dan tumpukan perhatian apabila si dia mula bercerita. Jika si dia mempunyai masalah, jangan sibuk berusaha mencari jalan penyelesaian ataupun memberi nasihat sekiranya si dia tidak memintanya. Cukup dengan mendengar luahan hatinya. Ada kalanya si dia hanya mahukan seseorang untuk mendengar kekesalan mahupun isi hatinya.

7. Berterus terang dengan pasangan

Jujurlah dan berterus-teranglah mengenai apa yang anda rasakan terhadap pasangan. Jangan berharap si dia boleh meneka masalah yang berlaku terhadap anda di tempat kerja mahupun kekesalan hati anda terhadapnya tanpa anda bercerita.

Komunikasi berkesan adalah penting untuk memastikan anda dan si dia bahagia dan serasi bersama.

8. Buatlah kejutan untuknya

Memberi kejutan di hari-hari istimewa seperti pada hari lahir mahupun hari ulang tahun perkahwinan anda mampu mengeratkan hubungan yang sedia terbina. Sesekali rancanglah makan malam istimewa mahupun hadiah yang sudah lama diidamkan oleh si dia. Tidak perlu terlalu mahal namun cukuplah untuk membuat si dia tahu betapa anda menyayangi dan memberi perhatian terhadapnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen