Jual buah mangga lewat malam, budak lelaki rayu wanita borong semua -"Kak tolonglah saya..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Selain melihat keterujaan gelagat kanak-kanak baru mula masuk sekolah, ada juga diantara mereka yang kurang bernasib baik apabila perlu mencari rezeki demi meneruskan hidup.

"Kak belilah buah, saya dah penat."

Sama seperti seorang kanak-kanak yang dirakamkan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @syacamelia87 apabila memaparkan gelagat budak lelaki yang menjual buah mangga pada lewat malam.

Menerusi video yang dimuat naik itu, budak lelaki berkenaan memintanya untuk memborong kesemua mangga tersebut kerana sudah keletihan menjual.

@syacamelia87

Semoga adik ni dilindungi oleh Allah SWT😭😭😭

♬ original sound - Sya Camelia

Sempat berbual beberapa soalan, kanak-kanak berkenaan dilihat mesra dan menyambut setiap soalan dengan baik. Malah memberitahu bahawa dirinya tinggal berhampiran kawasan tersebut dan akan bersekolah pada jam 6 pagi esok.

Dalam pada itu, @syacamelia87 turut mengajak kanak-kanak berkenaan untuk menaiki kereta bersamanya namun ditolak baik oleh dia kerana bimbang dimarahi oleh ibunya.

Selepas urusan jual beli selesai, kanak-kanak itu dilihat melalui celah-celah kereta dipercayai untuk pulang ke rumah.

@syacamelia87

 

♬ original sound - Sya Camelia

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh warganet akan perkara tersebut. Rata-rata mereka risau melihat kanak-kanak berkenaan bersendirian seorang diri selain mendoakan yang terbaik buatnya.

Bagus tak ikut orang tak kenal

Kenapa biar anak tengah malam

Moga dipermudahkan urusan adik

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen