Anak maut dibelasah kerana RM4, bapa redha atas kehilangan - "Arwah baik & bertanggungjawab."

Oleh: Shasha Zack

Pemergian kanak-kanak berusia 11 tahun yang maut akibat dibelasah pelajar senior di sebuah kompleks rumah anak yatim dan miskin di Kuantan, Ahad lalu mengundang sebak bapanya namun redha dengan apa yang berlaku.

Menurut Utusan, Qurbani Azhar Rahimi (bapa) 40, berkata, dia juga bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana urusan pengebumian arwah anak tersayang, Muhammad Hafdan berjalan lancar.

“Walaupun urusan pengebumian lewat dua hari kerana suasana Covid-19 ketika ini, namun saya bersyukur kerana arwah pergi dalam keadaan baik dan dipermudahkan urusannya.”

 

"Saya redha dengan segalanya, mohon kemaafan buat arwah sekiranya ada salah..."

Tambah Qurbani, dia redha dengan pemergian anak kesayangannya dan memohon kemaafan bagi pihak arwah atas segala salah silap yang pernah dilakukan semasa hayatnya.

“Sebagaimana yang telah diberitahu, saya reda dengan segalanya. Untuk pihak kompleks dan rakan-rakan mangsa, saya memohon agar diberikan kemaafan buat arwah sekiranya arwah ada melakukan sebarang kesilapan.” 

Dalam pada itu, jenazah mangsa selamat dikebumikan sekitar pukul 3.30 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugur, di sini, dengan dihadiri keluarga terdekat dan pelajar kompleks rumah anak yatim dan miskin itu.

Penghuni rumah anak yatim maut dibelasah kerana RM4 - Malaysiapost

"Arwah anak yang baik dan bertanggungjawab..."

Bercerita tentang arwah, Qurbani mendedahkan sikap anaknya, Muhamad Hafdan merupakan seorang yang sangat baik dan bertanggungjawab di samping sering membantu menguruskan adik-adiknya.

“Memang sangat merasai kehilangan arwah kerana dia seorang yang baik, mendengar kata dan bertanggungjawab.” 

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Ahad lalu, mangsa yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Soi di sini disepak, dicekik dan dihempas ke lantai sehingga tidak sedarkan diri.

Serahkan semuanya pada pihak polis

Menyentuh tentang suspek, Qurbani Azhar berkata, dia menyerahkan segalanya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Difahamkan, kejadian itu yang berlaku di surau kompleks rumah anak yatim dan miskin terbabit berpunca hanya kerana kanak-kanak yang dibelasah itu disyaki mengambil duit sebanyak RM4.

Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu selaku Ketua Polis Daerah berkata seorang pelajar 16 tahun telah ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lelaki ditemukan mati dalam kereta di parkir Hospital Selayang

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen