Marah orang bila tak dapat duit, netizen dakwa wanita peminta sedekah siap tarik kerusi kalau tak bagi

Oleh: Shasha Zack

Kegiatan meminta sedekah di mana-mana kedai makan atau persimpangan lampu isyarat sudah menjadi norma di negara kita.

Namun begitu, acap kali kita dengar aduan dan melihat sendiri kadangkala, mereka hanya menggunkan 'platform' ini demi mencari sesuap nasi meskipun ada yang tubuh badan sihat dan hanya berlakon cacat atau kurang upaya.

"Mintak sedekah, tapi kalau tak bagi, dimarahnya kita..."

Terbaru, perkongsian @abangkeladi di Tiktok meraih perhatian ramai mengenai tindakan seorang wanita warga tua yang dikenali ramai, sering meminta sedekah di sebuah kedai makan.

Walaubagaimanapun, sikap wanita tersebut dilihat siap memarahi orang ramai yang tidak memberinya wang, sehingga ada netizen yang mengatakan pernah dimaki...

 

@abangkeladi mintak sedekah tak salah, tapi kalau orang tak bagi tu, takyahla marah 🥺 #fyp #bandarsripermaisuri #viral #xyzbca #foryou #justinbieber #sedekah ♬ EH BANGSAT NI TAK NAMPAK AKU KE AKU NI TUNGGUL KE - Syahmi Hisham

"Hati2 lah kalau dengan makcik ni..."

Dalam pada itu, empunya video sempat menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan wanita ini kerana dia memang terkenal dengan sikapnya yang agresif dalam meminta sedekah.

"Mula2 dia mintak elok2, bila tak bagi dia maki..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang pernah berhadapan dengan wanita warga emas berkenaan di mana mereka turut dimarahi malahan dimaki ketika tidak memberi wang padanya.

Malahan, ada juga yang mengatakan wanita tersebut cukup terkenal kerana sudah merantau ke beberapa kawasan, aktif dengan kegiatan meminta sedekah.

"Makcik ni viral jugak ada mintak kat jalan, tak dapat ketuk kereta dengan payung..."

"Peminta sedekah ni aku rasa gaji dia boleh reach RM5000..."

"Kitorang pernah kena marah dengan dia..."

"Jauh gila merayap, banyak tempat dia dah pergi..."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen