Sejak semalam, tular satu video 'road bullying' yang berlaku di atas jalan raya melibatkan seorang pemandu lori dan seorang pemandu dipercayai wanita memandu Perodua Axia.
Difahamkan, gara-gara tidak mengendahkan amukan pemandu lori, pemandu Axia telah dimarahai dan dikejar hingga dia mengadu pada pihak polis yang kebetulan membuat sekatan jalan raya.
@vaccineforlife Instant karma, road bullying #CapCut ♬ original sound - Vaccine For Life
Dah ditangkap polis, positif dadah
Terbaru, menurut Sinar Harian, pemandu lori tersebut kini telah ditahan dan disahkan positif dadah.
Menurut Asisten Komisioner AA Anbalagan selaku Ketua Polis Daerah Serdang berkata, ujian saringan air kencing lelaki berusia 40 tahun itu didapati positif dadah jenis methampetamine, ketamin dan amphetamine.
Pemandu Axia mengadu diganggu dan berselisih faham dengannya
Kejadian yang berlaku di sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Bukit Jalil menghala Kuala Lumpur itu menunjukkan rakaman wanita empunya Axia tersebut mengadu pada pihak polis telah dikasari dan diganggu pemandu lori terbabit.
"Kita telah menjalankan SJR itu pada jam 10 pagi, sejam kemudian seorang pemandu kereta jenis Perodua Axia yang melalui sekatan itu mendakwa pemandu lori berkenaan disyaki telah mengganggu dan berselisih faham dengannya."
Pemandu lori disuruh berhenti, tapi enggan dan menengking pegawai polis
Tambah Anbalagan, pemandu lori tersebut enggan berhenti meskipun diarahkan pihak polis malahan siap bercakap dengan nada suara yang tinggi.
"Namun lelaki itu, cuba meneruskan perjalanan dan enggan berhenti serta bercakap dengan nada suara yang tinggi."
"Akhirnya, kenderaan tersebut dapat diberhentikan setelah dipaksa, pemandunya telah ditahan untuk tindakan lanjut."
Tinggalkan Komen