Berlakon pengsan konon dilanggar, lelaki mengamuk taktik tak menjadi, terus bangun hamun empunya kereta

Oleh: Shasha Zack

Di kala zaman pandemik ini, pelbagai taktik dan muslihat dilakukan individu demi memperoleh wang kerana terdesak. 

Sehubungan dengan itu, macam-macam yang sanggup dilakukan hingga terkadang ianya boleh membahayakan nyawa dan mengganggu keselamatan orang lain.

Pura2 terbaring atas jalan kononnya macam kena langgar

Demikianlah seperti satu posting yang tular di Tiktok ini, menunjukkan tindakan seorang lelaki yang terlantar di hadapan sebuah kereta, dipercayai hanya sebuah lakonan demi mendapatkan wang.

Bila empunya kereta tak turun, dia terus bangun & mengamuk

Namun begitu, dipercayai empunya kereta langsung tidak turun dari kenderaannya membuatkan leaki tersebut mula berang dan berdiri kerana bengang taktik nya tidak menjadi.

Seterusnya, dia dilihat menarik-narik wiper empunya kereta dan difahamkan memarahinya kerana tidak turun dari kenderaan.

 

@ikkk247 Currently happens… ah ghisauu #fyp #fypシ #foryourpage #foryoupage ♬ suara asli - sint🍜 - mochitobeli🍓

"Taktik macamni selalu ada, nak fitnah kena langgar atau nak rompak..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula risau jika taktik ini semakin berleluasa digunakan kerana ianya boleh membahayakan nyawa dan juga harta benda orang ramai.

Dalam pada itu, netizen juga menyatakan pentingnya mempunyai dashcam bagi mengelakkan hal-hal begini berlaku.

"Takutnya nak bawa kereta sesorang..."

"Nak clain insurance je ni..."

"Suami pernah kena, niat nak tolong sekali kena tuduh siap mitak duit..."

"Member pernah kena, bila dia tunjuk dashcam terus lari..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen