Licin tapau lauk kenduri walau majlis belum habis, netizen kecam wanita takde common sense - "Mak sape ni!"

Oleh: Shasha Zack

Majlis perkahwinan merupakan majlis keramaian yang dihadiri pelbagai tetamu dari ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga.

Justeru, adab dan kelakuan haruslah dijaga demi menjaga air muka tuan rumah malahan air muka sendiri supaya tidak melebihi batas-batas sebagai tetamu.

Tetamu masih ramai, kenduri belum habis, tapi ditapaunya kuih sampai licin

Berbeza dengan perkongsian di Tiktok yang meraih perhatian netizen mengenai seorang wanita, membungkus licin kuih di sebuah majlis perkahwinan.

Menerusi video, dapat dilihat majlis masih lagi berlangsung dan tetamu masih ramai, namun wanita tersebut langsung tidak teragak-agak untuk menghabiskan kuih dan mengaut semuanya ke dalam plastik kemudian berlalu pergi.

 

@aayurahayuuu

Makmak gak ada lawan emg🤣🤣

♬ original sound - 💜 👸 Lovely Girl👸 💜 🇮? - 💜 👸 Lovely 🍓Girl👸 💜 🇮?

"Sumbang sikit je, tapi makanan di bawak balik bukan main banyak..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkedu melihat kelakuan wanita tersebut yang sama sekali tidak mengendahkan 'orang belakang' yang masih di dalam majlis tersebut.

Malahan, mereka turut mengecam perbuatan wanita tersebut yang langsung tidak rasa malu...

"Kenapa kena tamak macamtu..."

"Kesian tetamu yang tak dapat rasa kuih..."

"Ee ibu siapa tu, kesian tetamu yang lain..."

"Tetamu yang last2 nanti takde tinggal lauk apa dah..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen