Disangka milik orang, wanita 'block' suami sendiri mula2, kini bahagia hidup bersama walau 15 tahun jarak usia

Oleh: Shasha Zack

Jarak usia bukan penghalang jika takdir jodoh sudah tertulis. Demikianlah kisah pasangan ini, dengan jurang usia 15 tahun, namun akhirnya tetap bersatu hati walaupon pelbagai rintangan melanda pada awalnya.

"Mula bertegur masa cari group untuk assignment, tiba2 suami whatsapp..."

Menerusi mstar, Azilah, 23, bertemu suaminya, Azlan, 38 kali pertama apabila mereka sama-sama menuntut di UMP, Kuantan. Ketika itu, dia sedang mencari ahli untuk 'group assignment' dan tanpa disangka, suaminya menghantar pesanan untuk menyertainya.

Dari situ, dia mula berkawan dengan Azlan namun putus di tengah jalan saat mengetahui lelaki tersebut rupanya telah berkahwin. Tidak teragak-agak, Azila terus menyekat nombor Azlan kerana risau menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka.

Suami pujuk, tunjuk surat cerai terus mereka kawan semula...

Namun begitu, Azlan pada ketika itu tidak putus asa dan memujuk Azilah hingga sanggup meminjam telefon rakannya untuk menghantar mesej pada Azilah demi 'unblock' semula nombornya.

"Saya pon unblock dia semula dan bagitahu yang saya tahu dia dah kahwin. Rupa-rupanya dia dan isteri dah lama bercerai tapi masetu saya tak percaya."

"Lepastu dia tunjuk surat cerai, dan kami okay balik. Berkawan macam biasa. Cuma tak lebih sebab saya baru lepas putus dengan kekasih tahun tu."

 

@aureliazilah

Happy ending šŸ¤²šŸ»

ā™¬ original sound - š•Æš–˜š–— 4Kļ¼Ŗļ½•ļ¼Ŗļ½•Ł­ šŸŒ

"Mak meninggal, takde semangat belajar tapi dia penguat saya..."

Pada awalnya, Azilah bercerita bahawa ibu bapa agak menentang kerana jurang perbezaan umur yang jauh namun perlahan-lahan mula menerima Azlan.

Namun begitu, khabar sedih menjengah saat ibunya meninggal dunia ketika Azilah sedang menyambung Ijazah Pengurusan Prosej di UMP.

Saat itu, Azilah akui hidupnya bagaikan terumbang ambing dan mula hilang semangat belajar namun dikuatkan semula oleh Azlan, suaminya.

"Saya decide nak kahwin dengan dia sebab nampak kesungguhan dia..."

Ketika Azlan sentiasa ada dalam suka dan duka kehidupan Azilah, wanita ini akhirnya yakin bahawa Azlan adalah lelaki tepat untuk menjaganya.

"Saya decide nak kahwin dengan dia sebab saya nampak kesungguhan dia. Masa arwah mak meninggal, saya hampir give-up nak teruskan study."

"Tapi dia sentiasa ada untuk bagi sokongan moral pada saya. Susah senang dia ada dengan saya. Dari situ saya yakin dia lah jodoh saya."

Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 14 Januari lalu dan kini hidup bahagia bersama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen