Duduk dalam raga besi masa panas terik, netizen sebak tengok warga tua sampai tutup muka

Oleh: Shasha Zack

Sayu hati melihat satu video yang tular menunjukkan seorang wanita warga emas yang duduk di raga motosikal yang dibawa anaknya.

Lokasi kejadian di Kuala Terengganu, ramai meleleh air mata melihat warga emas tersebut bagaikan silau dipanah matahari dalam cuaca yang panas terik.

"Dalam hidup kita rasa dah susah, tanpa sedar ramai yang lagi susah..."

Perkongsian @shihanizam di Tiktok membuatkan ramai simpati dengan nasib warga tua tersebut yang terlentang di raga yang seluruhnya besi sambil ditutup dengan beg bagi mengelak silau oleh anaknya.

Empunya video turut menulis kapsyen bahawa jika kita merasa susah, sesungguhnya ramai lagi yang susah di luar sana, membuatkan ramai insaf dan ingin menghulur bantuan juga.

 

@shihanizam Tolong sesiapa kenal please let me know! Tolong guna kuasa viral 🙏🏻🤲🏻 saya nak bantu dia dgn cara x seberapa saya.🥺😢#drawbrigeterengganu #kuikhlaskan #adwenfi #berandatiktok #foryoupage #fypシ ♬ Huwannur - SHOLAWAT MUSIC PRO

"Hebat anaknya, kuatlah wahai anak..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji anak warga emas tersebut yang tabah dalam menjaga ibunya tanpa meminta-minta pada orang lain.

Malahan, mereka juga mendoakan agar anak tersebut tetap tabah dalam menempuh ujian dalam hidup mereka sekeluarga.

"Selama ni aku kurang bersyukur..."

"Tengok pon dah tahu anak dia orang hebat..."

"Dalam diam banyak benda yang patut kita syukuri..."

"Allah sedihnya..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen