"Tak puas hati jom gaduh." - Netizen puas hati tengok abang RELA terus keluar bila dibuli lelaki baju biru

Oleh: Shasha Zack

Jika telah diamanahkan untuk bekerja, setiap individu pasti akan melakukan pekerjaan dengan sehabis baik.

Begitu juga dengan satu video tular menunjukkan sekumpulan anggota RELA yang telah melaksanakan tugas dengan baik, namun dimarahi pengunjung.

Dia marah sebab ada orang potong barisan terus masuk, terus mengamuk..

Perkongsian @yopnorha di Tiktok menunjukkan seorang lelaki yang panas hati apabila dipercayai berang ada pengunjung yang datang lewat darinya, dibenarkan masuk dahulu ke premis berkenaan.

Menerusi kapsyen, akibat terlampau marah, lelaaki baju biru tersebut telah mengajak salah seornag anggota beruniform tersebut untuk bergaduh namun tidak menyangka yang 'abang RELA' tersebut terus menyahut cabarannya.

 

@yopnorha Tak leh sabar. yang g marah ke abg rela tu buat ape. #fyp #respect #beraturLah ♬ original sound - yopnorha

"Darah pahlawan..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati melihat sikap abang RELA yang pantang dicabar dan terus keluar menyahut ajakan lelaki baju biru tersebut.

Dalam pada itu, netizen juga berpendapat tidak seharusnya kita menormalisasikan sikap suka mengamuk kerana ianya tidak elok dipandang masyarakat.

"Bro baju biru ajak gaduh nombor satu, bila nak dia duduk barisan belakang..."

"Hormat kerja orang, orang hormat kita..."

"Brader tu mesti macam alamak aku gertak je..."

"Ni baru betul jumpa buku dengan ruas..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen