"Dia orang susah, orang makan dia tak makan." - Budak perempuan nangis cerita kisah bagi duit kat kawan

Oleh: Shasha Zack

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Peribahasa itu sesuai menggambar situasi seorang kanak-kanak ini yang menangis sebak saat bercerita pada ibunya peristiwa dia membantu rakannya di sekolah.

"Dia kesian tengok kawan tak makan, bagi RM5 suruh beli makanan, baru makan sama2..."

Perkongsian @ellyemirza membuatkan ramai kagum dan terharu dengan sikap kanak-kanak tersebut yang menceritakan kisahnya membantu kawan yang susah, langsung tidak makan gara-gara tidak punya duit untuk membeli makanan.

Apa yang membuatkan netizen ikut sebak adalah, si cilik bernama Pia ini turut menangis saat menceritakan kesusahan rakannya kepada ibunya dan tidak tergamak membiarkan rakan sekelas berlapar.

 

@ellyemirza

kisah sedih pia g sekolah harini🥺

♬ bunyi asal - Ziziey Fazrie - user not found

"Harini tergerak hati nak bagi Pia RM10, dia belanja RM2 pulang baki RM3."

"Bila tanya mana baki, baru dia cerita dia bagi kawan yang susah untuk beli makanan..."

"Good job mama Pia jugak..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji didikan ibu bapa Pia kerana terbentuknya seorang anak yang berjiwa lembut dan baik hati.

Dalam pada itu, ramai juga yang meluahkan kesedihan melihat kanak-kanak tersebut menangis saat bercerita mengenai kesusahan kawannya.

"Nangis aku weh..."

"Terbaik didikan ibu, good girl Pia."

"Semoga membesar menjadi anak solehah..."

"Baiknya hati awak dik, terbaik ibu ayah atas didikan..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen