Terpanjang di tengah kota, pengantin pacak 19 khemah jadi perhatian. -"Macam tapak bazaar..."

Bersederhana dalam majlis perkahwinan amat digalakkan, namun tidak salah untuk melakukannya secara besar-besaran selagi mana tidak membebani kedua-dua pihak pengantin.

Khemah pengantin jadi perhatian 

Misalnya seperti yang dilaksanakan dalam majlis perkahwinan pasangan ini yang mana perkongsiannya ada dimuat naik oleh Faradilla Zulkipli.

 

@farazulkipli Agak² korang rasa berapa cost wedding ni?? Cer korang comment 😎#kakakmuatakaful #izzgrouptiktok #oscars #kuikhlaskan ♬ original sound - Izzy

 

Menerusi sorotan itu, rakaman tersebut diambil dari balkoni rumahnya. Terlihat dari bahagian atas bilamana terdapat sejumlah 19 buah khemah dipasang bersempena dengan majlis kahwin yang diadakan pada hari itu.

"Kena pakai kasut roda ni"

Boleh dikatakan ia merupakan antara 'Wedding Of The Year' pada hari itu yang berjaya mencuri tumpuan orang ramai.

Meskipun tidak turut hadir, namun warganet sepertinya dapat membayangkan suasana sekitar majlis itu yang pastinya meriah, tetapi dalam waktu sama terasa penat mengenangkan nasib tetamu yang hadir.

Jemput satu daerah

"Nak salam pengantin kena naik motor"

"Awal betul buka bazaar"

Selain itu, ada juga yang menyamakan majlis itu seperti bazaar Ramadan kerana pemasangan khemah dengan jumlahnya yang luar biasa.

"Satu lauk satu khemah ke?"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen