Bukan sombong diri, wanita bawa makcik dalam bakul motor roda tiga tolak sumbangan –“Cukup hanya support bisnes."

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam tular akan satu video menyayat hati yang memaparkan seorang warga emas yang duduk di raga motorsikal yang dibawa seorang wanita.

Kejadian yang dirakam secara tidak sengaja itu menyentuh hati ramai memandangkan warga emas itu hanya berteduh di sebalik buku yang dipegang oleh wanita berkenaan di bawah panas terik.

@shihanizam Tolong sesiapa kenal please let me know! Tolong guna kuasa viral 🙏🏻🤲🏻 saya nak bantu dia dgn cara x seberapa saya.🥺😢#drawbrigeterengganu #kuikhlaskan #adwenfi #berandatiktok #foryoupage #fypシ ♬ Huwannur - SHOLAWAT MUSIC PRO

Wanita bawa warga emas dalam bakul motor roda tiga bersuara.

Susulan video tular tersebut, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @anaz_aziz telah bertemu dengan wanita berkenaan dan bertanya beberapa soalan kepadanya.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan mengakui tidak menyangka kisah dia bersama warga emas berkenaan yang merupakan makciknya tular di media sosial.

@anaz_aziz #akakviral #fypterengganu #masukberada #tiktokmalaysia #fyp bagus akk ni dia terangkn dgn jelas dh..blh suppot perniagaan dia tt #hijrahsoleh1 ♬ Selawat Nabi Muhammad Saw - N.I.A

Wanita berkenaan juga meluahkan rasa syukur dari rezeki yang mencukupi buat mereka ketika ini sekaligus tidak berniat untuk menerima sumbangan mahupun bantuan daripada orang lain kerana merasakan ada insan lain yang lebih layak.

Malah, dalam pada itu dia juga hanya merharapkan agar netizen menyokong ‘bisnes’ yang dia jalankan di media sosial.

Wanita berkenaan juga mengakui bahawa privasinya sedikit terganggu selepas perkara itu tular malah dia juga berharap agar nama, alamat serta nombor telefon yang tersebar dipadam oleh pihak sepatutnya.

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet tersentuh akan keikhlasan yang ada pada wanita berkenaan.

Malah mereka juga memuji wanita tersebut selain mendoakan yang baik-baik buat dirinya sekeluarga.

Tak harapkan bantuan

Mulia hati akak ni

Jom support bisnes dia

Moga diberkati hidupnya

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen