Tips Jimat Untuk Majlis Perkahwinan Anda.

Bercakap mengenai perkahwinan, siapa yang tak suka kan? Tapi, bila fikir tentang mas kahwin dan kos perkahwinan, terus terasa seram. Apapun, kami kongsikan kepada anda beberapa tips yang boleh digunakan bagi anda yang sedang bercadang untuk melangsungkan majlis perkahwinan.



1. Majlis perkahwinan dilakukan secara serentak

Baik. Bagi anda yang mempunyai calon terdekat, apa salahnya jika anda gunakan peluang ini untuk menjimatkan kos perkahwinan anda. Lakukan secara serentak kedua-dua majlis perempuan dan lelaki. Samaada anda lakukan di dewan atau di rumah sebelah pihak sahaja. Terpulang. Bincang dengan kedua belah pihak untuk mendapatkan persetujuan.

2. Lakukan perkara yang wajib sahaja

Sebenarnya dalam Islam, perkahwinan adalah mudah. Mungkin disebabkan ibu bapa kita terikat dengan adat, maka ini sedikit menyukarkan golongan muda masa kini untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Disarankan untuk berbincang secara baik dengan ibu bapa, berikan hujah yang kukuh kenapa majlis anda perlu dilakukan secara sederhana dan yang paling penting, pikat hati mereka dengan cara anda. Hehe

3. Perkahwinan beramai-ramai

Sekarang, banyak pihak yang bertungkus lumus dalam membantu golongan muda untuk melangsungkan majlis perkahwinan dengan mengadakan perkahwinan secara beramai-ramai. Ada baiknya anda gunakan peluang ini untuk menjimatkan kos majlis perkahwinan



4. Minta bantuan ibu bapa

Jika ibu bapa anda berkemampuan, minta bantuan kewangan dengan mereka. Apapun, tunjukkan sikap yang baik dengan mereka. Bukan berlakon. Kerana kewajipan kita seorang anak sememangnya perlu mentaati ibu bapa.

5. Perancangan awal

Untuk anda yang ingin juga majlis dilakukan secara besar-besaran, buat perancangan secara teliti. Survey barang perkahwinan yang murah, pergi ke expo perkahwinan untuk dapatkan harga yang berpatutan. Jika kreatif, adalah lebih baik anda DIY (do it yourself) perhiasan majlis perkahwinan anda nanti.

Banyak perkara yang perlu anda gunakan dengan wang selepas bergelar suami isteri. Pembayaran sewa rumah, bayaran bulanan kereta misalnya. Jadi, fikirkan betul-betul tentang kos perkahwinan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen