Persiapan Perkahwinan Sebelum Lelaki ‘Shake Hands’ Tok Kadi.

Calon sudah pun ada, majlis perkahwinan semakin dekat dan debaran semakin terasa. Tapi, apa yang perlu dilakukan sebelum bergelar suami isteri ya? Jom kita baca selanjutnya.



1. Persiapan ilmu agama

Lelaki adalah ketua keluarga. Isteri pula tauladan bagi anak-anak. Sangat-sangat penting bagi seorang lelaki dan wanita mendalami ilmu agama secara terperinci. Bab fiqh, akhlak, akidah dan sebagainya. Tidak ketinggalan, lancarkan bacaan al-Quran dan fahami maknanya.


2. Persiapan ilmu rumah tangga

Banyak kes penceraian hari ini berlaku kerana mereka tidak memahami tanggungjawab masing-masing. Rujuk bacaan-bacaan berkenaan dengan fiqh kekeluargaan untuk mengenalpasti do and don’t apabila sudah berumah tangga. Selain itu, fahami juga pasangan anda dengan membaca buku-buku berkaitan sebagai persiapan.



3. Persiapan peribadi

Jika sebelum ini anda rasakan perkahwinan ini adalah suatu yang seronok sahaja, sila ubah pemahaman ini. Ya. Tidak dinafikan perkahwinan adalah seronok, tetapi kadang kala ada pasang surutnya. Jadi, untuk mengekalkan sesebuah perkahwinan, perlulah ada toleransi kedua-dua belah pihak. Sebelum berkahwin lagi, kedua-dua pihak perlu mempunyai akhlak yang baik. Kerana, dengan cara itu juga mudah-mudahan mendatangkan keturunan yang baik-baik.

Tak sabar nak kahwin? Cool. Siapkan diri dan jom kahwinBelum ada calon? Daftar saja di baituljannah.com

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen