4 bulan 'struggle' , sama2 berjuang kumpul duit kahwin, pasangan akhirnya berjaya naik pelamin

Oleh: Shasha Zack

Jika usaha mengatasi segalanya, pasti impian setinggi gunung pon boleh dicapai. Begitulah dengan kisah liku-liku perjalanan sebelum berkahwin pasangan ini, yang menjadi inspirasi ramai.

Nak kumpul 11K dalam masa 4 bulan masing2 support each other, sama2 usaha

Perkongsian @bobbythebro di Tiktok meraih perhatian ramai yang teruja dan terinspirasi dengan kisah perjuangan pasangan ini yang sama-sama meletakkan usaha setinggi gunung demi menghalalkan hubungan mereka.

Menerusi video, kompilasi gambar dan mesej perbualan jelas menunjukkan perjalanan yang mereka tempuhi sepanjang ingin mengumpul duit kahwin. Mereka difahamkan bekerja keras demi mengumpul wang RM11,000 untuk persiapan perkahwinan.

 

@bobbythebro Now we could be bestfriend, forever! 🤘🏻😘 #weddingvibes ♬ original sound - Bob

"kalau dia nak, dia buktikan ya..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat kesungguhan dua pasangan mempelai ini dalam melaksanakan tekad masing-masing demi menghalalkan hubungan.

Dalam pada itu, ramai juga yang mengucapkan tahniah atas pernikahan mereka dan mendoakan hubungan ini kekal hingga akhir hayat.

"The effort actually yang penting."

"Mesti kerja kuat makan tak tentu kan..."

"Dekat sini kita nampak masih ada lelaki yang tunjuk effort bukan setakat tabur janji..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen