Pakar kesihatan bersuara, tak setuju ustazah kaitkan masalah autisme dengan gangguan jin

Gara-gara muat naik hantarannya yang mengaitkan masalah autisme disebabkan oleh gangguan jin, seorang ustazah yang juga merupakan pendakwah bebas dan perawat rawatan Islam menerima kritikan hebat dari warganet.

Rata-ratanya meluahkan kekesalan berhubung hantaran tersebut, terutamanya kepada pihak yang mempunyai anak atau ahli keluarga yang menghidap penyakit berkenaan.

Pakar psikiatri tegur ustazah

Pun begitu, hantaran tersebut akhirnya mendapat perhatian dari seorang doktor psikiatri yang membuatkan dia berminat untuk menegur kenyataan yang dimuat naik individu berkenaan.

Ujarnya, kenyataan individu terbabit adalah tidak tepat dan telah melanggar disiplin ilmu.

Lebih parah, tindakannya itu juga boleh membuatkan ibu bapa yang mempunyai ahli keluarga autisme mempercayainya.

Dalam teguran itu, beliau yang juga penasihat kesihatan mental berharap agar 'posting' yang dimuat naik oleh individu bergelar ustazah itu diturunkan.

'Jangan ganggu anak-anak autisme'

Terdahulu, tular sekeping gambar tangkap layar yang dimuat naik oleh sebuah laman portal kesihatan berhubung hantaran ustazah yang mengaitkan masalah autisme dengan gangguan jin.

 

 

Beserta hantaran itu, tulisnya di ruangan kapsyen memaklumkan ikut terkesan dengan dakwaan tersebut dan meminta agar pihak di luar sana tidak mengganggu anak-anak autisme ini.

'Posting' dipadam, ruangan komen ditutup

Walaubagaimanapun, hasil carian di laman Facebook ustazah berkenaan mendapati hantaran itu telahpun dipadam.

Setakat hari ini, tiada maklum balas dari pihaknya bagi memperincikan kenyataan yang dimuat naik sebelum ini bagi membuktikan apa yang ditulis adalah sebuah fakta dan boleh dipercayai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen