"16 vs 27 tahun." - Gadis teruja akhirnya lelaki masuk meminang, yakin umur bukan penghalang

Oleh: Shasha Zack

Sejak akhir-akhir ini, sering kali kita lihat ramai yang lebih memilih untuk bernikah muda. Percaya jurang umur bukan satu masalah besar, mereka memilih untuk menamatkan zaman bujang masing-masing demi cinta dan berjanji bakal sehidup semati dalam susah dan senang.

"Alhamdulillah, 16 vs 27 tahun, nikah muda..."

Demikian perkongsian seorang gadis mengenai hari merisik pihak lelaki yang datang untuk meminangnya meskipun usia baru menginjak 16 tahun.

Umur bukan penghalang

Menerusi video yang dimuat naik @farhansofea di Tiktok, dia menunjukkan keluarga pihak lelaki yang bertandang ke rumah untuk majlis meminang sekaligus membincangkan perancangan pernikahan mereka pada masa akan datang.

Pihak lelaki yang berusia 27 tahun dipercayai masih menitikberatkan soal pelajaran meskipun mereka bakal menikah di usia gadis ini masih di sekolah menengah.

 

@frhnsfeaa allhamdulillah 16tahun vs 27tahun 🤪 #kawinmuda #tunang #merisikday ♬ original sound - farhansofea

"Umur ni cuma angka..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa umur hanya sekadar nagka, yang penting hanya percaya pada jodoh dan Insyaallah hidup akan kekal bahagia.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan perkahwinan akan datang kekal hingga ke syurga...

"Umur bukan penghalang kalau dah suka sama suka..."

"Me 18 vs 27, 19 dah dapat anak..."

"Perbezaan umur tak penting, just percaya dengan jodoh je..."

"Tahniah, semoga till jannah..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen