Hampir sejam cari kereta, pemuda sesat dalam ‘mall’ gara-gara mulut celopar?

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila pergi ke pusat membeli belah atau kawasan yang ‘parking’ yang luas, pasti tidak mustahil untuk terlupa di mana letaknya kenderaan di bawa memandangkan kawasan tersebut hampir serupa.

Sesat dalam 'mall'?

Itulah yang terjadi pasa empat sekawan ini apabila puas mencari kereta yang dipandu mereka ketika pergi ke sebuah pusat beli belah terkemuka di Johor Bahru.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok shaz_bebey, dia bersama rakan sesat di pusat beli belah sekitar jam 2 pagi.

@shaz_bebey Waktu ini x dapat nk gambarkan perassan ah,jam dah dekat 2 pagi balik tengok wayang. X jumpa kereta & jalan keluar #fyp #fypシ #fypyourpage #fypシ゚viral ♬ Naz Dej Lovely - Naz Dej

Malah, hampir sejam mencari kereta mereka akhirnya seakan mengalah apabila masih terpusing-pusing di kawasan parking tersebut.

Lebih menyeramkan lagi apabila salah seorang rakannya ada bercerita mengenai sejarah pusat beli belah tersebut yang membuatkan mereka sedikit bimbang.

Syukur Pak Guard' tolong

Menurutnya, ini bukan kali pertama dia pergi ke pusat beli belah tersebut namun shaz_bebey percaya disebabkan mulut yang celupar menyebabkan mereka sesat di dalamnya.

@shaz_bebey Reply to @ennyyyyy_ memasing dah goyang cari jalan keluar. Member2 memasing sampai dah mati akal dah #fyp #fypシ #fypyourpage #fypシ゚viral ♬ original sound - Shaz_bebey🇷🇺

Walau bagaimanapun, mereka bersyukur apabila pengawal keselamatan yang bertugas membantu mereka untuk mencari jalan keluar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati agar mereka mengambil gambar setiap kali meletakkan kereta agar mudah jumpa. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sesat di dalam pusat beli bealh berkenaan.

Bagaimanapun, mereka turut mendakwa lelaki berkenaan sekadar mengadakan cerita semata untuk ‘content’.

Situ memang seram

Pernah sesat 

Ambik gambar tiang bang

Propa je ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen