"Teman suami pergi kenduri kahwin dia." - Siap disuruh pakai sedondon, isteri akui ikhlas iringi ke majlis

Oleh: Shasha Zack

Tular sebuah video menunjukkan seorang wanita dengan kapsyen sayu mencoret luahan hatinya saat si suami menyuruhnya memakai baju warna sedondon.

Lebih syahdu, ternyata dia menyatakan bahawa majlis perkahwinan tersebut rupanya adalah majlis kahwin suami kesayangannya.

"Dia suruh i pakai sedondon..."

Perkongsian @syrahh00 di Tiktok meraih simpati ramai yang menyangka betapa peritnya ujian seorang isteri tatkala suami mengambil keputusan untuk bernikah lagi.

Siap disuruh pakai baju warna sedondon, wanita ini namun menyatakan dia sama sekali tidak marah atau berdendam, namun ikhlas memaafkan asalkan suaminya bahagia.

 

@zyrahh00 Takmarah takdendam ikhlas dan maafkanโค๏ธ #harapfyp๐Ÿฅบ #tiktok โ™ฌ original sound - ๐”ƒ๐“ฎ๐“ป๐“ช๐“ช_๐“ถ๐“ฑ๐Ÿ - ุฒูŠุฑุงู„ ุงุชูŠู‚ู‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

"Maseni I tertanya-tanya suami nak kahwin dengan siapa..."

Sambungan dari video pertama, wanita ini menjelaskan segala-galanya menerusi video yang terkini dimuat naik. Ujar wanita ini, dia pada awalnya tertanya-tanya di dalam hati, siapakah yang bakal duduk di sisi suaminya...

 

@zyrahh00 PART 2โค๏ธ #harapfyp #fypใ‚ท #tiktok โ™ฌ ANGKAT TANGANMU BESTIE - Omokucrut

 

Reaksi netizen...

Setelah menonton kedua-dua video tersebut, ternyata perkara kahwin dua ini hanyalah sebuah gurauan wanita ini yang menyatakan bahawa suaminya hanya mengenakan 'prank' ke atas dirinya.

Namun begitu, ramai netizen yang geram dan menasihatkan wanita ini bahawa perkara perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main kerana peritnya bermadu tidak boleh diungkap dengan kata-kata.

Empunya video cuma bergurau, harap semua netizen tak ambil serius

Dalam penjelasan wanita ini menerusi video kedua, dia menjelaskan bahawa dia hanya bergurau dengan warga di Tiktok dan berharap para netizen tidak cepat menghukum dan menganggap ini sekadar hiburan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen