Gurau tak sempat puasa bersama, isteri kemurungan ditemui maut tenggelam dalam sungai

Oleh: Shasha Zack

Luluh hati seorang suami saat mendapat perkhabaran kematian isterinya yang ditemui tenggelam dalam Tandop Pak Din, Sungai Bukit Teriak, Alor Setar.

Sulaiman Tasu, menyedari kehilangan isteri, Rossidah Yusoff pada 27 Mac (semalam) apabila perasan isterinya tidak pulang ke rumah.

Pernah bergurau mungkin puasa tak dapat sambut bersama, tak sangka itu petanda

Menerusi Buletin TV3, arwah Rossidah sebelum ini beberapa kali bergurau dengan Sulaiman mengenai tidak sempat menyambut bulan Ramadhan bersama keluarga pada tahun ini. 

Sayu mengenangkan kata-katanya, ternyata itu merupakan petanda arwah bertemu sang pencipta sebelum ditemui tenggelam di dalam sungai.

Suami jumpa selipar dan motor

Operasi pencarian segera dilakukan saat menyedari isterinya tidak pulang ke rumah dan menjumpai selipar dan motosikal milik arwah di tepi sungai.

Dek kerana arus yang deras, pihak penyelamat akhirnya berjaya mengeluarkan jasad arwah Rossidah setelah 5 kai selaman.

Alami Kemurungan & Gurau Tak Sempat Puasa Bersama, Isteri Ditemui Dalam Sungai 2

Isteri alami kemurungan

Menurut Sulaiman, isterinya menanggung masalah kemurungan sejak 2 bulan lalu dan kerap kali menyatakan cuaca terlampau panas dan mengajak Sulaiman untuk mandi di sungai.

 

@mochiii__.2

video tadi kena delete ngn tiktok. apa ii pon alfatihah untuk arwah🤲

♬ MERASA INDAH TIARA ANDINI - sadvibes🥀

Suami redha, akan sentiasa ingat pesan isteri

Menerusi temubual sebelum operasi menyelamat berjaya menjumpai jasad arwah, sayu hati apabila Sulaiman menyatakan hasrat agar isterinya dijumpai dengan selamat.

Namun, saat sekujur tubuh kaku yang dijumpai, Sulaiman reda atas pemergian isteri tersayang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen