Kahwin kali ke-5, Natasha Hudson selamat bergelar isteri

Oleh: Shasha Zack

Pelakon Natasha Hudson dikhabarkan telah selamat menjadi isteri dengan lelaki pilhan hati Jay Jasmin di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Selamat diijabkabulkan semalam, pelakon berusia 40 tahun itu meluahkan rasa gembira apabila kembali bergelar isteri setelah beberapa tahun hidup solo.

Tahniah! Natasha Hudson dah kahwin... Pengalaman lalu mematangkan, yakin  suami pilihan terbaik - Hiburan | mStar

"Jay dan saya banyak persamaan, saya yakin dia yang terbaik..."

Meneruri mstar, Natasha menyatakan rasa teruja berjumpa dengan peneman hidupnya kini di samping akui dia dan suami banyak persamaan dan menganggap Jay merupakan satu 'anugerah' Allah buatnya

Tambah Natasha, dia telah melalui beberapa pengalaman yang menjadi pengajaran penting bagi mengenali seseorang individu sebelum membina kehidupan bersama.

“Jay seorang yang sangat menakjubkan sejak hari pertama saya jumpa dia. Dia sangat memahami dan kami berkongsi banyak persamaan. Saya rasa sangat bahagia dengan penerimaan keluarganya.
“Dalam hidup ini tak ada sesiapa yang nak lalui apa yang saya dah lalui. Saya yakin dia adalah yang terbaik untuk saya. Seseorang yang hadir dalam hidup dan saya berdoa kepada Allah agar kami kuat untuk bersama sampai bila-bila.” 

Mula kenal suami waktu sertai aktiviti luncur ombak

Natasha turut bercerita, perkenalan dia dan suami bermula apabila mereka sama-sama menyertai aktiviti luncur ombak di Langkawi Kedah pada tahun lalu. Sejak mengenali satu sama lain, mereka saling berkongsi video dan gambar aktiviti tersebut hingga akhirnya jatuh cinta.

Melangsungkan majlis resepsi secara sederhana yang diraikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan di kediaman pengantin lelaki, pasangan sama cantik sama padan ini tampil mengenakan persalinan sedondon berwarna peach.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen