Sorok jeruk dalam longkang berdekatan loji kumbahan, peniaga jalanan elak diambil tindakan

Oleh: Shasha Zack

Sekumpulan peniaga jalanan bertindak menyorokkan jeruk di dalam longkang berhampiran kawasan loji kumbahan kerana bimbang diambil tindakan.

Menurut Harian Metro, Superintendan M Kumarasan, Ketua JSPT berkata, perbuatan itu terbongkar apabila pihak dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Johor (JSPT) mengadakan Ops Khas Penjaja Jalanan di sekitar kawasan Bandar Baru Uda pada jam 2.30 petang semalam.

 

Ada aduan, operasi dilakukan

Tambah Kumaresan, susulan aduan masyarakat, operasi yang diketuai PT Penguatkuasa JSPT Johor, Asisten Superintendan Mohd Zainudin Abu Bakar bersama lima anggota polis adalah operasi berkala yang dijalankan dalam menangani isu penjaja jalanan.

 

"Berdasarkan statistik dan data yang diperoleh, sebanyak 52 lokasi tumpuan penjaja jalanan di dalam negeri Johor dan tumpuan utama adalah di persimpangan lampu isyarat di laluan utama."

Operasi yang diketuai oleh Asisten Superintendan Mohd Zainudin Abu Bakar, PT Penguatkuasa JSPT Johor, merupakan operasi berkala yang dijalankan untuk menangani isu penjaja jalanan.

Bukan saja jijik, bahayakan kesihatan orang awam

Perbuatan menyorokkan jeruk ini bukan sahaja jijik, malahan boleh membahayakan kesihatan orang awam memandangkan makanan terdedah kepada tempat kotor.

Di samping itu,penyakit bahaya boleh tersebar sekiranya makanan tersebut tercemar.

Tambah Kumaresan, aktiviti menjaja perlu segera dihentikan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Malahan, beliau juga mengingatkan orang ramai untuk tidak bersimpati terhadap penjaja jalanan ini kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang mengupah warga asing dan tak peduli akan kebersihan makanan yang dijual.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen