Tiada alunan kompang atau karpet merah, bola tampar iring pengantin ke pelamin

Sudah menjadi kebiasaan buat pasangan pengantin untuk mencipta sesuatu kelainan dalam majlis mereka.

Selain menjadi 'moment' terindah, ia juga mampu menjadi inspirasi buat bakal pengantin di luar sana untuk berbuat perkara yang sama, selagi mana ia tidak keterlaluan.

Pengiring baling bola tampar sambut pengantin

Misalnya seperti yang dilakukan oleh pasangan ini yang mana perkongsiannya ada dimuat naik oleh Anas Farid.

 

@anasfarid96 Bila suami isteri main bola tampar #volleyball #volleyballworld #volleyballlover #haikyuu #volleyballmalaysia #fyp #fypシ ♬ Fly High "Haikyuu" - ROMIX

 

Dalam sorotan tersebut, kelihatan pengiring pengantin lelaki membaling bola tampar sepanjang laluan pengantin memasuki ruang khemah untuk ke pelamin.

Turut bersama mereka, keluarga pihak pengantin yang membawa dulang hantaran dengan ditemani beberapa orang kanak-kanak di belakang pasangan mempelai.

"Pastu termash kepala mak mentua"

Melihat ruang majlis yang tidak terlalu luas itu, membuatkan segelintirnya meluahkan kebimbangan sekiranya bola tersebut terkena kenderaan di sekitar atau tetamu yang hadir.

 

"Naya kalau kena tudung"

"Boleh ek macam ni?"

Pun begitu, ada juga yang meluahkan rasa teruja melihat konsep tersebut dan difahamkan pasangan pengantin itu juga aktif dalam sukan bola tampar. 

Terbawa-bawa cerita animasi

"Bestnya!"

 

Jadi, tidak hairanlah jika mereka memilih konsep itu berbanding meletakkan disambut dengan karpet merah, pertunjukan silat ataupun alunan kompang seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pasangan.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen