Sebak bakal bergelar suami, pengantin menangis ketika akad nikah

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas menjalani hubungan cinta yang penuh liku, pastinya setiap pasangan yang melangsungkan pernikahan akan berdebar apabila bakal memikul tanggungjawab baru dalam hidup.

Perasaan teruja dan gementar itu pastinya lebih jelas terlihat pada pengantin lelaki memandangkan perlu berdepan dengan tok kadi serta bapa pengantin perempuan.

Pengantin lelaki menangis ketika akad nikah

Hal yang sama dilalui oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @syelalpmayor apabila mengimbau kembali majlis pernikahannya pada tahun 2018 lalu.

Menurut @syelalpmayor, suaminya tiba-tiba menangis saat akad nikah berlangsung malah lafaz ketiga barulah mereka sah bergelar pasangan suami isteri.

@syelalpmayor Reply to @alg4005 ♬ original sound - syelalpmayor

@syelalpmayor

After 9years alhamdulillh Kini halal ❤️.. br pn husb ni aku kenal dr skola sk lg..cinta dr sk alhamdulillh jodoh milik Kita 🥰

♬ Saajanji Ghar Aaye (From "Kuch Kuch Hota Hai") - Jatin-Lalit & Kumar Sanu & Alka Yagnik & Kavita Krishnamurthy

Mengimbau kembali detik itu, tindakan pengantin lelaki yang tiba-tiba menangis membuat @syelalpmayor bimbang sekiranya lelaki berkenaan tidak mahu berkahwin dengannya memandangkan mereka telah bercinta sejak 2014 lagi.

@syelalpmayor

Simpan d sini utk rujukn masa akan datang😅..vdio lama tahun 2018 ..

♬ Kuch Kuch Hota Hai (Sad) - Jatin-Lalit

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan lelaki berkenaan yang dilihat seorang yang penyayang dan memahami erti tanggungjawab. Malah, mereka turut mendoakan agar pasangan ini bahagia.

Susah nak tengok lelaki macam ni

Berat tanggungjawab suami

Air mata gembira 

Semoga bahagia

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen