Heran cari tak jumpa, rupanya anak sedap lena dalam peti ais - "Cuaca panas sangat ni."

Oleh: Shasha Zack

Cuaca panas sejak kebelakangan ini sememangnya menggugat iman dan terkadang boleh menggganggu emosi. 

Begitulah kisah yang berkait rapat dengan isu cuaca panas ini, di mana gelagat seorang kanak-kanak yang tidak terjangkau akal, buat ramai terhibur!

"Cari dia tak jumpa, rupanya tidur dalam ni..."

Gelagat seorang kanak-kanak buat ramai ketawa pecah perut apabila dijumpai oleh ibu bapanya rupanya sedang tidur lena di dalam peti ais!

Difahamkan, ibu ini mencari anaknya merata dan terkejut saat didapati si cilik tersebut rupanya di dalam peti ais. Lebih menghiburkan, kanak-kanak ini siap mengeluarkan semua isi di dalam peti ais tersebut sebelum tidur lena.

 

@madam_donat #fyppppppppppppppppppppppp #ditaja ♬ Hujan Dimalam Minggu Remix - 𝑄𝑥𝑀♡︎

"Aircond ada dua bijik, peti ais jugak nak tidur..."

Menerusi ruangan komen, empunya video memberi penjelasan bahawa anaknya memang suka bermain lampu peti ais tersebut namun sama sekali tidak menyangka yang dia akan tidur di situ.

Tambah wanita ini, mereka juga mempunya dua unit penyaman udara namun terhibur melihat gelagat si cilik yang tetap memilih untuk tidur di dalam peti ais.

"Dia tahu nak tidur mana musim panas ni..."

Komen-komen dari netizen pula mennjukkan mereka sangat terhibur malahan memahami cuaca panas saat ini mendorong kanak-kanak bijak tersebut melakukan tindakan sebegitu.

"Alahai anak, penat snagat main tu..."

"Adeh nasib baik pintu terbukak..."

"Bukti cuaca makin panas..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen