“Ada bidadari perlu dihalalkan.” -Pemuda tekad gantung gabus demi cari duit kahwin

Oleh: Zuzu Yasmine

Sanggup buang rasa malu demi mencukupkan duit belanja kahwin, taktik peniaga buah-buahan yang nekad menggantung ‘iklan’ di lori niaga akhirnya menarik perhatian ramai.

Difahamkan, peniaga tersebut buah itu meletakkan polistirena putih bertulis 'Cari Duit Kawin' dan 'Kerja Bro! Ada Bidadari Perlu Dihalalkan’ pada lorinya.

Menurut, Ahmad Fauzan Shamsul, 25, berkata, tindakan itu bukan mahu meraih simpati, jauh sekali sebagai gimik pemasaran murahan.

"Saya buat begitu sebagai ikhtiar untuk mengumpul duit belanja kahwin, bukannya gimik atau taktik pemasaran bagi melariskan jualan semata-mata.

"Saya memang merancang untuk berkahwin pada akhir tahun ini dan kini sedang berusaha mengumpul duit belanja perkahwinan.

"Ikutkan, usaha mengumpul duit belanja itu sudah bermula sejak empat tahun lalu, cuma baru-baru ini saya terfikir untuk menggantung 'gabus' (polistirena) tertera ayat berkenaan dengan harapan dapat menambah pendapatan," katanya.

Ahmad Fauzan yang berasal dari Taman Satria di sini, berkata, idea untuk membuat 'iklan' itu datang secara spontan ketika dia berniaga di tapak di Bandar Seri Putra di Bangi, baru-baru ini.

"Alhamdulillah, percubaan saya berhasil apabila jualan mendapat sambutan sepanjang tiga minggu saya berniaga di Bandar Seri Putra," ujarnya.

Katanya, kebanyakan pelanggan yang singgah ke tapak niaganya pasti akan bertanya kesahihan perancangannya untuk berkahwin dan lain-lain hal yang berkaitan.

"Ramai juga pelanggan yang beri kata semangat selain doakan perkahwinan saya kekal hingga jannah.

"Ia membuatkan saya terharu kerana mereka sudi membeli buah saya sebagai tanda sokongan," katanya.

Mengikut perancangan, Ahmad Fauzan dan pasangannya bakal melangsungkan pertunangan selepas Aidilfitri nanti disusuli majlis akad nikah pada Disember.

Jelasnya mereka pernah merancang bertunang pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu namun ditangguhkan dahulu kerana situasi pandemik.

"Selepas banyak kelonggaran diberikan, kami sepakat teruskan apa yang dirancang malah bercadang anjurkan dua majlis iaitu pertunangan dan perkahwinan dalam tahun ini juga.

"Diharap, impian saya menghalalkan hubungan dengan pasangan itu jadi kenyataan dan kami berterima kasih kepada semua yang mendoakan," katanya yang bakal menjual buah-buahan di Bazar Senawang pada Ramadan nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen