Majlis berlangsung tanpa pengantin, pasangan pakai baju kahwin untuk 'photoshoot' sambil tahan nangis

Oleh: Shasha Zack

Hati siapa yang tidak sedih apabila majlis gilang gemilang untuk meraikan mereka menjadi raja sehari musnah gara-gara pengantin terkena jangkitan Covid-19.

Itulah yang dilalui pasangan ini apabila mereka diuji dengan penyakit tersebut pada hari perkahwinan.

"Lagi satu hari nak mjlis pengntin kita positif, tpi majlis berjalan mcm biasa, cuma pntin takada, minggu depan baru ambik gmbr mcm ade majlis.."

Menerusi perkongsian @allfendstudio, mereka selaku jurugambar telah membuat 'post-photoshoot wedding' di mana penggambaran pengantin dibuat setelah kedua mempelai sembuh dari Covid.

Difahamkan, pada hari majlis berlangsung, kedua pasangan ini tiada untuk menghadiri majlis mereka sendiri dan ianya tetap berlangsung seperti biasa tanpa pengantin.

 

@allfendstudio Lagi satu hari nak mjlis pengntin kita positif, tpi majlis berjalan mcm biasa, cuma pntin takada, minggu depan baru ambik gmbr mcm ade majlis.. Alhamdulillah yg pnting kenangan kan… #afs #allfendstudio ♬ Dear Diary - liriiklagu

 

Alhamdulillah yg pnting kenangan kan..."

Saat penggambaran berlangsung, dilihat air muka pengantin perempuan yang menahan sebak mungkin kerana sayu mengenangkan segala yang terjadi.

Namun, syukur keduanya akhirnya sihat dan boleh menjalankan photoshoot bersama sebagai kenangan perkahwinan mereka.

@allfendstudio Lagi satu hari nak mjlis pengntin kita positif, tpi majlis berjalan mcm biasa, cuma pntin takada, minggu depan baru ambik gmbr mcm ade majlis.. Alhamdulillah yg pnting kenangan kan… #afs #allfendstudio ♬ Dear Diary - liriiklagu

"Terima kasih pada semua yang mendoakan..."

Menerusi ruangan komen, pengantin lelaki dilihat mengucapkan terima kasih buat yang mendoakan mereka dan mengharaap doa kebaikan itu berbalik pada netizen.

"Alhamdulillah yang penting kalian dah sihat..."

Manakala komen dari para netizen pula meluahkan rasa simpati di samping mendoakan kesejahteraan hidup mereka kekal bahagia hingga ke syurga.

"Ya Allah beratnya dugaan.."

 

"Dia suap kek tu sebab tahan nangis kot..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen